Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
double tap

Cuba Sekarang 11 Arahan Ini Dengan Ciri ‘Double Tap Gesture’ Baharu

Diterbitkan Oktober 28, 2023 · Dikemas kini Oktober 29, 2023 oleh ariff bukhari

Apple telah pun melepaskan kemas kini kepada pengguna jam pintar Apple Watch dengan melepaskan versi watchOS 10.1.

Salah satu ciri utama yang diperkenalkan Apple pada watchOS 10.1 adalah ciri yang dikenali sebagai double tap gesture.

Ciri baharu ini membolehkan, pengguna Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2 mengawal dengan mudah dengan hanya menggunakan satu tangan tanpa menyentuh paparan jam tersebut.

https://army.wiser.my/wp-content/uploads/2023/10/Apple-Watch-double-tap-gesture.mp4

Dengan mengetuk jari telunjuk dan ibu jari tangan ketika memakai Apple Watch tersebut, anda boleh melakukan banyak tindakan pada jam mereka dengan pantas.

Berikut adalah antara tindakan yang boleh anda aktifkan pada Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2 dengan ciri double tap gesture:-

  1. Membuka Smart Stack daripada mana-mana muka jam dan menatal melalui widget dalam tindanan.
  2. Menjawab dan menamatkan panggilan telefon.
  3. Melihat mesej daripada notifiksi, menatal melalui pemberitahuan yang lebih panjang dengan ketik dua kali tambahan, membalas menggunakan rencana dan menghantar mesej.
  4. Menjeda, menyambung semula dan menamatkan pemasa.
  5. Berhenti dan menyambung semula jam randik.
  6. Menunda penggera.
  7. Memainkan dan menjeda muzik, podcast dan buku audio.
  8. Beralih kepada paparan Elevation baharu dalam aplikasi Compass.
  9. Mengambil foto iPhone dengan Alat Jauh Kamera (Camera Remote) dalam aplikasi Camera.
  10. Memula atau menghentikan peringatan Latihan (Workout) automatik.
  11. Melakukan tindakan utama daripada notifikasi seperti membalas mesej masuk daripada aplikasi pemesejan dan menunda peringatan — termasuk daripada pihak ketiga.

 

https://www.youtube.com/watch?v=Nvb_Kta7v6U

Ciri double tap gesture sudah tersedia secara lalai pada Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2 yang menjalankan watchOS 10.1 tanpa perlu sebarang tetapan tambahan.

Jadi, jika anda pengguna Apple Watch Series 9 dan Apple Watch Ultra 2, bolehlah mencubanya dan merasai sendiri pengalaman baharu ini bersama jam pintar tersebut.

(Apple menyatakan, ciri double tap gesture tidak disokong dalam aplikasi dan pengalaman berikut: ECG, Kadar Degupan Jantung, Oksigen Darah, Fokus Tidur, Walkie-Talkie, Maps (semasa navigasi), Mindfulness (semasa sesi aktif), ciri SOS (SOS Kecemasan, Fall Detection, Crash Detection) dan Workout (semasa sesi aktif) .

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Lebih Murah, Ini 4 Alternatif Kabel USB-C Berkelajuan 10Gbps Untuk iPhone 15 Pro Max
  • Tablet Ni Ada Slot Kad SIM Tapi Harga Murah
  • Ini Sebab Kenapa Kabel Apple USB-C Pro Berharga Lebih RM399

Sumber: Apple

(Beli pelbagai produk Apple yang asli dari stor rasmi wakil-wakil penjual sah Apple di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY