Cuba Buka Sehingga 100 Tab Pada Pelayar Google Chrome Versi Telefon Pintar Dan Lihat Apa Anda Dapat...

Anda akan dapat senyuman :D


Jika anda adalah pengguna aplikasi pelayar Google Chrome pada telefon pintar, anda mungkin jarang membuka lebih daripada 99 tab paparan.

Tetapi, jika anda ada membuka lebih daripada 100 tab dan ke atas, anda mungkin perasan pada tab yang memaparkan nombor jumlah tab yang dibuka itu akan bertukar kepada ikon senyuman.

Kapsyen: Tab memaparkan jumlah tab yang dibuka pada pelayar Google Chrome.


Kapsyen: Tetapi apabila anda membuka lebih daripada 100 tab, paparan tab bertukar kepada ikon senyuman.


Ikon senyum itu mungkin untuk memaklumkan kepada pengguna bahawa membuka begitu banyak tab pada aplikasi tersebut menyebabkan penggunaan memori yang tinggi ke atas peranti.

Atau mungkin pembangun tidak mahu memaparkan sehingga lebih daripada dua nombor pada tab tersebut. Sekaligus mereka dapat mengekalkan saiz kotak tab.

Ciri tersembunyi ini mula dikesan oleh anak seorang penulis di laman Bleeping Computer apabila dia berkata "Cool, you have a smiley face in your browser!".

Kemudian barulah penulis itu menyedari akan perubahan tersebut.

Berkaitan