Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google company

Isu Privasi Android, Google Setuju Bayar Saman Lebih RM1.7 Bilion

Diterbitkan November 15, 2022 ยท Dikemas kini November 16, 2022 oleh ariff bukhari

Google dilaporkan bersetuju untuk membayar sejumlah $391.5 juta (RM1,793,517,000) bagi menyelesaikan tuntutan saman privasi yang difailkan oleh gabungan peguam negara dari 40 negeri di A.S.

Saman itu dibuat apabila peguam negara AS semasa menyiasat artikel Associated Press 2018 dahulu mendapati bahawa Google mengelirukan pengguna Android dan mengesan lokasi penggunanya sejak sekurang-kurangnya dari tahun 2014 di mana pengguna berfikir pengesanan lokasi peranti telah dilumpuhkan.

Berkaitan

  • Suruhanjaya Perlindungan Data Ireland Saman Meta Lebih RM1.8 Bilion
  • Texas Saman Google, Didakwa Kumpul Data Biometrik Tanpa Kebenaran
  • Apple Disaman, Didakwa Kumpul Data Penggunanya Apabila Setiap Kali Jari Sentuh Skrin iPhone

Pengguna Android terpedaya dengan memikirkan melumpuhkan “Location History” dalam tetapan peranti akan mematikan ciri penjejakan lokasi.

Penyelesaian saman ini juga mengarahkan Google memperkenalkan lebih banyak kawalan akaun mesra pengguna dan menghadkan penggunaan dan penyimpanan beberapa jenis data lokasi.

For a company whose revenue relies on the personal data of its users, Google's privacy practices have gone unchecked for too long.
I've made it a priority to help consumers navigate online spaces with a mind toward privacy & am glad MI will benefit from this historic settlement. https://t.co/LZCmB4MdAI

— Dana Nessel (@dananessel) November 14, 2022

Ini bukanlah kali pertama Google disaman berkaitan isu privasi dan penjejakan.

Sebelum ini iaitu dalam bulan Ogos 2022 lalu, Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) juga mengumumkan bahawa mereka mendenda Google $60 juta (RM274,800,000) kerana mengelirukan dan mengumpul data lokasi milik pengguna Android Australia selama hampir dua tahun iaitu antara Januari 2017 dan Disember 2018.

Sumber: bleepingcomputer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY