Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Twit Pertama Ini Dibeli Individu Dari Malaysia Dengan Nilai RM11.9 Juta

Posted on Mac 25, 2021April 8, 2024

Sekitar tiga tahun yang lalu, bekas CEO Twitter (kini dikenali X), Jack Dorsey telah membuat keputusan untuk melelong twit pertamanya melalui platform Valuables yang dimiliki perusahaan rantaian blok (blockchain) dari Amerika Syarikat, Cent.

Berikutan daripada itu, individu yang berasal dari Malaysia dan juga merupakan CEO perusahaan blockchain, Bridge Oracle, iaitu Sina Estavi telah membeli twit tersebut dengan nilai US$2.9 juta (~RM11.9 juta).

Twit Pertama

Menerusi pembelian ini juga, beliau telah mendapat hak pemilikan digital atau non-fungible token (NFT) serta turut memiliki tandatangan Jack Dorsey.

Sent to @GiveDirectly Africa fund 🌍Thank you, @sinaEstavi. pic.twitter.com/aEZu07auLV

— jack (@jack) March 22, 2021

Tambahan lagi, twit pertama itu dibeli dengan kriptowang Ether dengan nilai 50.8 BTC. Dengan penjualan ini, Jack Dorsey telah mendermakan kepada GiveDirectly, iaitu badan kebajikan di Afrika.

This is not just a tweet!

I think years later people will realize the true value of this tweet, like the Mona Lisa painting https://t.co/vnA5pz3esQ

— Sina Estavi (@SinaEstavi) March 22, 2021

Dalam pada itu, Sina Estavi meluahkan rasa gembira kerana beliau menganggap pada masa hadapan nilai twit pertama tersebut ibarat potret Mona Lisa.

Baca juga – Apa itu Nonfungible Tokens (NFT)

Sumber: bbc

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress