Umum mengetahui, sekiranya anda telah menerima dua dos suntikan vaksinasi COVID-19, profil anda akan dikemaskini dan memaparkan sijil digital di dalam aplikasi MySejahtera.
Walaupun kad vaksin boleh digunakan sebagai bukti tetapi ia hanyalah untuk sementara waktu sahaja. Oleh itu, sekiranya profil MySejahtera anda masih belum dikemaskini, ikuti langkah seperti berikut.
Pertama sekali, buka aplikasi MySejahtera dan pergi ke Helpdesk.
Kemudian, tekan pilihan ‘M’.
Seterusnya, kemas kini maklumat semasa dan pilih dos yang perlu dikemaskini.
Selepas itu, masukkan maklumat vaksinasi anda. Pastikan jenis vaksin, tarikh vaksinasi dan tempat vaksinasi adalah betul.
Akhir sekali, muat naik gambar kad vaksinasi ke bahagian ini. Namun, tidak perlu risau sekiranya anda sudah buang atau tiada kad tersebut, tekan sahaja butang “hantar”.
Selesai dan pasukan MySejahtera akan mengambil tindakan selanjutnya. Dalam pada itu, jika anda masih dalam fasa untuk mengambil dos kedua, pastikan setelah habis menerima suntikan, semak aplikasi MySejahtera pada bahagian profil.
Ini kerana Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 sepatutnya akan terpapar serta merta. Sekiranya tiada, anda perlu terus ke kaunter PPV secepat mungkin untuk mendapatkan bantuan.