Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gorilla Glass Victus 2

Corning Gorilla Glass Victus 2 Hadir Dengan Ketahanan Skrin Yang Lebih Kuat

Diterbitkan Disember 1, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Telefon pintar kelihatan seperti makin besar skrinnya tahun demi tahun. Berbanding daripada empat tahun yang lepas, telefon pintar biasa terasa lebih berat dan semakin luas skrinnya.

Pengguna juga serba tahu bahawa risiko yang ditanggung lebih tinggi untuk jatuh ke atas lantai dan menyebabkan keretakan kepada skrin.

Syarikat seperti Corning sedar akan masalah itu dan mereka perlu meningkatkan kualiti gelas skrin pelindung yang selari dengan perubahan pada reka bentuk telefon pintar masa kini.

Memandangkan Gorilla Glass Victus kelihatan seperti memerlukan peningkatan, Corning telah mengeluarkan skrin pelindung yang baharu iaitu Gorilla Glass Victus 2.

Matlamat Corning untuk memastikan ini selamat untuk telefon pintar jatuh walaupun di atas jalan konkrit.

Corning telah mencuba beberapa ujian menggunakan mesin robot ke atas Gorilla Glass Victus 2 dan skrin ini terbukti mampu selamat semasa dijatuhkan setinggi satu meter ke atas permukaan konkrit.

Using robots means that tests are accurate and easy to replicate (image credit: Corning) Namun, terselamat daripada terjatuh tidak mencukupi untuk syarikat tersebut. Skrin ini juga perlu terlindung daripada kesan calar.

Jadi, Gorilla Glass Victus 2 bukan sahaja tahan daripada retakan tetapi skrin ini juga dapat menangani sebarang kesan calar.

Berkaitan

  • Surface Pro 9 Dan Surface Laptop 5 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM4769
  • TGV Sahkan Pawagam Mereka Di Pavilion Bukit Jalil
  • Harap Kabel GPU Tak Cair, Pengguna Ini Bina PC Dalam Meja Kaca
  • Malaysia Sedang Alami Cuaca Nyaman Dan Dingin - MetMalaysia
  • Padang Serai Bakal Terima Struktur Menara Komunikasi Baharu

Skrin pelindung ini juga mempunyai rekaan “glass sandwich” di mana skrin bukan sahaja terletak di depan tetapi di belakang telefon juga.

Gorilla Glass Victus 2 dijangka akan sampai ke pasaran pada beberapa bulan yang akan datang namun tidak diberitahu untuk model peranti yang mana satu.

Sumber: Corning

Gambar Utama: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY