Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Web capture_1-12-2022_124641_

Harap Kabel GPU Tak Cair, Pengguna Ini Bina PC Dalam Meja Kaca

Diterbitkan Disember 1, 2022 oleh Aziah Zulkifli

Sebelum ini, pengguna Twitter digemparkan dengan seorang pengguna yang membina PC di dalam sebuah ketuhar gelombang mikro.

Kini, seorang pengguna daripada Reddit telah mengagumkan setiap pembaca dengan binaan PC miliknya yang diperbuat dalam bekas kaca.

r/nvidia - Finally my Cablemod arrived! Hopefully, these cables won't melt! Ruangan yang lebih untuk binaan ini memberi kesan yang oleh kerana perkakasan seperti Nvidia GeForce RTX 4090 mengeluarkan haba yang cukup tinggi suhunya sehingga mencairkan penyambung kuasa.

Binaan PC yang canggih ini dilengkapi dengan kad grafik MSI 4090 Gaming Trio sebagai komponen utama.

Selain daripada itu, pengguna ini memasang juga Intel 11900K CPU di atas Z590 Aorus Pro AX motherboard beserta Asus Rog Thor 850W PSU untuk memberi prestasi yang lebih bagus.

r/nvidia - Finally my Cablemod arrived! Hopefully, these cables won't melt! Meja kaca yang diubahsuai ini memberi reka bentuk yang elegan dan anggun. Ruang yang sangat besar juga diberikan untuk memberi ruang kepada komponen-komponen berkenaan untuk ‘bernafas’.

Berkaitan

  • "Oppa" Di Korea Selatan Sepatutnya Boleh Guna Apple Pay Sejak Semalam, Namun Ditangguh
  • Sokong 4K, 'Ray Tracing' Dan 60 FPS, Ini Treler The Witcher 3 Yang Dipertingkatkan
  • Surface Pro 9 Dan Surface Laptop 5 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM4769
  • Ikon VoLTE Pada MIUI 14 Diringkaskan Untuk Penggunaan 2 SIM
  • Tak Boleh Lagi Menyamar, Elon Musk Bakal Perkenal 3 Lencana Twitter Baharu

Pokok yang terletak dalam bekas tersebut hanya sekadar hiasan dan bukannya hidup. Jadi, tiada sebarang pokok yang dirosakkan oleh haba yang terperangkap di dalam bekas tersebut.

Untuk melengkapkan lagi binaan PC ini, Kumag1989 iaitu pemilik PC ini menggunakan monitor daripada ASUS yang berkualiti tinggi, Rog PG348Q yang berukuran 34 inci dan berkadar 100Hz. Terdapat dua paparan tambahan VG278QR yang berukuran 27 inci dan berkadar 165Hz.

Selain daripada itu, binaan PC tersebut juga dihiasi dengan pembesar suara Logitech G560 serta pembesar suara Devialet Phantom I 108dB yang bernilai 3,000$ (RM13,215).

Sumber: Reddit

Gambar Utama: Reddit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY