Surface Pro 9 Dan Surface Laptop 5 Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM4769

Microsoft kini telah mengumumkan bahawa siri peranti Surface baharu akan mula hadir di seluruh Malaysia bermula 29 November 2022.

Peranti Surface yang kini sudah melanda di pasaran ini adalah Surface Pro 9 dan Surface Laptop 5.

Kedua-dua peranti ini memberi jangkaan yang sangat tinggi kerana akan mengekalkan produktiviti pada bila-bila masa sahaja.

Surface Pro 9


Surface Pro 9 merupakan sebuah peranti yang boleh dijadikan sebagai tablet dan komputer riba sepanjang penggunaanya.



Peranti ini hadir dengan sarung aluminium gred tinggi serta Signature Keyboard yang boleh diubah suai mengikut kesukaan pengguna.

Surface Pro 9 disertakan dengan kaki built-in berserta paparan edge-to-edge 13” PixelSense yang mempunyai 120Hz kadar segar semula.

Terdapat pelbagai jenis warna yang ditawarkan iaitu Sapphire, Forest, Platinum, dan Graphite.

Selain daripada itu, Surface 9 Pro dilengkapi dengan kamera HD, pembesar suara Omnisonic, mikrofon yang berarah dan cip Microsoft G6 yang diubahsuai khususnya untuk peranti ini.

Pembeli diberi dua pilihan untuk memilih antara cip pemproses 12th Gen Intel® Core yang dibina atas Intel® Evo™ platform atau Microsoft SQ®3 yang dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon yang mempunyai sambungan 5G.

Surface Laptop 5


Surface Laptop 5 merupakan sebuah komputer riba yang mempunyai reka bentuk yang anggun di mana menawarkan keselesaan dan mampu menghasilkan kerja yang terbaik.



Memandangkan peranti ini dikuasai oleh platform Intel® Evo™ yang terbaru, kualitinya meningkat sehingga 50% berbanding daripada peranti yang terdahulu.

Surface Laptop 5 hadir dengan paparan 3:2 PixelSense yang berukuran 13.5” dan 15”. Setiap jenis mempunyai Dolby Vision IQ di mana pengguna masih boleh melihat kualiti gambar yang cantik dan jelas tanpa perlu risau dengan pencahayaan.

Pembesar suara yang disertakan mempunyai ciri Dolby Atmos 3D spatial processing untuk memberikan kualiti bunyi yang terbaik untuk pengguna.

Surface Laptop 5 dilengkapi dengan kamera HD dan Studio Microphones serta kamera yang boleh diselaraskan dalam mana-mana keadaan pencahayaan.

Peranti ini tersedia dalam dua jenis warna iaitu black metal dan platinum metal.

{suggest}

Surface Pro 9 dan Surface Laptop 5 mula terjual dengan harga RM4,769. Pengguna boleh membelinya di mana-mana kedai rasmi Microsoft seperti di Shopee Mall.

Sumber: Siaran Akhbar Microsoft