Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Citibank Umum Peralihan Kepada UOB Berkuat Kuasa 1 November 2022

Citibank Umum Peralihan Kepada UOB Berkuat Kuasa 1 November 2022

Diterbitkan November 1, 2022 oleh Amalina Athman

Citibank Berhad kini mengumumkan pemindahan pemilikan perniagaan perbankan penggunanya kepada United Overseas Bank (Malaysia) Bhd berkuat kuasa 1 November 2022.

Berikutan itu, UOB kini adalah pembekal produk perbankan berjenama “Citi” di Malaysia dan Citibank Berhad akan menyediakan perkhidmatan tertentu berkenaan dengan produk tersebut.

Berkaitan

  • Bank Negara Luluskan Pengambilahan Citibank Malaysia Oleh UOB
  • Citibank Ucap Selamat Tinggal

Di pihak pengguna, Citibank menyatakan tiada perubahan serta-merta yang akan dialami oleh pelanggan, sama ada dari segi perkhidmatan mahupun perbankan. Pelanggan juga boleh terus menggunakan Citibank Online dan Citi Mobile® App untuk produk perbankan mereka.

Sebagai tambahan, operasi perbankan Citibank di Malaysia, termasuk pasukan jualan, pasukan perkhidmatan, pusat panggilan dan cawangan akan terus beroperasi seperti biasa. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, notis akan diberikan kepada pelanggan.

Dalam pada itu, Citibank memaklumkan tanda dagangan “Citi”, “Citibank”, “Citigroup”, reka bentuk Arc dan semua tanda dagangan yang serupa serta terbitan daripadanya digunakan buat sementara waktu di bawah lesen oleh UOB daripada Citigroup Inc dan entiti kumpulan berkaitan.

Untuk maklumat lebih lanjut, layari www.citibank.com.my/uob.

Sumber: Citibank

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY