Ciri 'Pin Chat' WhatsApp, Pilih 3 Kenalan Untuk Dijadikan Keutamaan

Hari ini WhatsApp telah memperkenalkan kemaskini terbaru yang membenarkan ciri 'Pin Chat'. Melalui ciri Pin Chat ini, pengguna dapat memilih kenalan penting untuk diletakkan di bahagian paling atas dalam senarai.

unnamed

Pengguna boleh memilih 3 kenalan untuk dijadikan sebagai 'priority'. Untuk menggunakan ciri ini, pengguna hanya perlu tekan lama pada kenalan yang dipilih, dan lihat ikon 'pin' di bahagian atas. Tekan ikon tersebut, dan voila! kenalan yang dipilih tersebut akan sentiasa berada di atas dalam senarai.

Kemaskini WhatsApp ini sudah boleh didapati, hanya untuk peranti Android.

Sumber