Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cip Snapdragon X Plus Dijangka Diumum Di IFA, Mungkin Ini Spesifikasinya

Cip Snapdragon X Plus Dijangka Diumum Di IFA, Mungkin Ini Spesifikasinya

Diterbitkan September 2, 2024 oleh Rushsyafizal

Cip siri Snapdragon X dari Qualcomm didakwa akan hadir dalam dua jenis dengan menampilkan CPU Oryon 10-teras dan X Elite yang hadir dalam konfigurasi 12-teras.

Maklumat terbaru itu dikongsikan peniris terkenal, Evan Blass di mana beliau mengesahkan spesifikasi utama untuk versi 8-teras X Plus yang akan dilancarkan pada barisan komputer riba yang diumumkan di IFA Berlin.

Versi ini sedikit lebih rendah daripada cip X Plus biasa yang menampilkan CPU Oryon 8-teras dan akan digunakan pada notebook CoPilot+ dengan harga bermula dari $800.

Cip Snapdragon X Plus Dijangka Diumum Di IFA, Mungkin Ini Spesifikasinya

Berdasarkan laporan terdahulu, cip baru ini akan menawarkan kelajuan teras tunggal sehingga 3.4GHz dan kelajuan multi teras sehingga 3.2GHz.

Selain daripada pengurangan bilangan teras CPU dan kelajuannya, cip X Plus baharu ini juga akan dilengkapi dengan GPU Adreno yang diturunkan prestasinya kepada 1.7 TFLOPS berbanding 3.8 TFLOPS pada X Plus biasa, RAM LPDDR5X dengan jumlah cache sebanyak 30MB (berbanding 42MB pada X Plus), dan sokongan untuk tiga monitor luaran pada resolusi UHD dan 60Hz (berbanding 4K 120Hz).

Cip ini juga akan mengekalkan Qualcomm Hexagon NPU dengan 45 TOPS serta ISP yang sentiasa aktif, sokongan Wi-Fi 7, dan 5G.

Apapun spesifikasi sebenarnya kita hanya akan dapat ketahui pada pelancaran rasminya di IFA Berlin sama ada betul ataupun bertambah dari segi penawaran yang bakal diberikan.

Berkaitan

  • Spotify Connect Di iPhone Tak Lagi Guna Butang Kelantangan Fizikal
  • realme Buds T01 Akan Rasmi Di Malaysia, Harga Bawah RM100
  • Hyundai Rancang Lancar 21 Model EV Menjelang 2030
  • Data Bank Rakyat Mungkin Bocor
  • HUAWEI MateBook D 14 2024 Akan Tiba Di Malaysia, Dipacu Intel Core Gen-13

Sumber : GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY