Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2024-08-30 163049

realme Buds T01 Akan Rasmi Di Malaysia, Harga Bawah RM100

Diterbitkan Ogos 30, 2024 oleh Rushsyafizal

realme baru-baru ini melancarkan realme Buds T01, sepasang fon telinga tanpa wayar yang berpatutan, bersama dengan telefon pintar realme 13 Pro dan 13 Pro+.

Walaupun tidak mempunyai ciri pembatalan hingar aktif (ANC), Buds T01 dilengkapi dengan sesuatu yang dipanggil “AI Environmental Noise Cancellation” untuk panggilan. Ciri ini membantu mengurangkan bunyi latar untuk memastikan orang di sebelah sana mendengar anda dengan jelas.

Fon telinga ini menawarkan jangka hayat bateri keseluruhan selama 28 jam dengan bekas pengecasan 400mAh, dan boleh memberikan sehingga 120 minit main balik selepas 10 minit pengecasan dan tujuh jam dengan pengecasan penuh.

Ia juga menyokong Google Fast Pair dan serasi dengan aplikasi realme Link untuk penyesuaian dan ciri tambahan.

realme Buds T01 juga mempunyai mod kependaman rendah 88ms untuk mengurangkan ketinggalan audio, serta sambungan Bluetooth 5.4. Selain itu, ia mempunyai pemacu dinamik 12mm dan mempunyai penarafan IPX4 untuk ketahanan terhadap air.

Screenshot 2024-08-30 163444

realme Buds T01 telah dilancarkan di India dengan harga INR1,299 (~RM67) dan didapati dalam dua pilihan warna hitam dan putih.

Walaupun belum diketahui lagi bilakah ia dijual secara rasmi di Malaysia, tetapi realme telah memperlihatkan produk tersebut di gedung dalam talian Shopee mereka.

Berkaitan

  • Google Lancar Aplikasi Khas Untuk Mudahkan Akses Kepada Perkhidmatannya Di PC
  • Huawei Mate 70 Pro Dijangka Ada Naik Taraf Banyak Untuk Kamera
  • Syarikat AI India Akan Labur ~RM4.3 Bilion Untuk Bangunkan Taman AI Dan Studio Filem AI Pertama Di Malaysia
  • Apple Dan Nvidia Dilapor Mahu Melabur Untuk OpenAI

Sumber :GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY