Cip Qualcomm Snapdragon 845 Tertiris Dalam Dokumen Mahkamah Apple: Bila Cip Ini Akan Keluar?

Qulacomm belum lagi mengumumkan cip Snapdragon 845 mereka yang terbaru, tetapi 'adik' kepada cip Snapdragon 835 itu dengan tidak sengaja telah tertiris di dalam dokumen mahkamah yang melibatkan Appple dan Qualcomm.

Cip itu bakal digunakan oleh Samsung untuk peranti mereka tahun depan dan bukan untuk Galaxy Note 8 yang akan keluar lewat tahun ini.

Samsung dipercayai telah bekerjasama dengan Qualcomm bagi membangunkan cip SD 845 dan akan mendapat hak eksklusif untuk peranti Galaxy S9 mereka untuk tahun depan, sama seperti apa yang berlaku tahun ini untuk Galaxy S8.

Setakat ini belum ada kepastian yang kerja-kerja sudah bermula bagi SD 845 tetapi diramalkan cip itu akan menggunakan teknologi 7nm yang akan mengecilkan dari 10nm untuk SD 835.

Dengan pengurangan saiz, cip itu dijangkan mampu mempertingkatkan prestasi hingga 25 ke 35 peratus dari cip sebelum ini.

Sumber