Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cip Intel Punya Kerentanan Sekuriti, Mengundang Kepada Kecurian Data

Cip Intel Punya Kerentanan Sekuriti, Mengundang Kepada Kecurian Data

Diterbitkan Mei 15, 2019 · Dikemas kini Mei 16, 2019 oleh Helmi Samsuri

Kira-kira setahun lebih yang lalu, Intel bergelumang dengan masalah kerentanan sekuriti Spectre dan Meltdown. Kini, syarikat teknologi itu dilapor terpaksa berhadapan dengan satu lagi masalah kerentanan sekuriti membabitkan cip pemprosesan mereka.

Dikesan oleh sekumpulan penyelidik sekuriti dari beberapa buah universiti serta firma sekuriti, difahamkan bahawa jika ia diekploitasi, pengodam mampu mendapatkan maklumat penting secara terus dari pemproses berkenaan.

Eksploitasi ini disebut menghasilkan empat serangan berbeza;  ZombieLoad, Fallout, RIDL (Rogue In-Fligt Data Load) dan Store-to-Leak Forwarding. Sementara itu Intel menggelarnya sebagai Microarchitectural Data Sampling (MDS).

Dikatakan, kelemahan ini disebabkan oleh kerentanan pada ciri penting yang terdapat dalam kebanyakan pemproses moden dipanggil sebagai speculative execution.

Cip-cip pemprosesan yang terlibat dikatakan dari pengeluaran sejak 2011 lagi. Selain Intel, beberapa syarikat teknologi seperti Apple, Amazon, Google, Microsoft dan Mozilla sudah mula melepaskan kemaskini untuk memperbaiki kerentanan terbabit.

Pengguna juga boleh memeriksa sama ada cip komputer anda terdedah dengan perkara ini ataupun tidak melalui MDS Tool. Muat turun boleh dibuat dari laman ini, MDS Attacks. 

 

Sumber: The Verge, Wired, Ghacks

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY