Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CIMB Keluarkan Kenyataan Media Lanjutan Daripada Isu Yang Berlaku

CIMB Bank: ‘Direct Debit’ Yang Tular Sebelum Ini Adalah Transaksi Sah Pelanggan

Diterbitkan April 7, 2020 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, tular di laman Twitter mengenai beberapa pelanggan CIMB Bank yang berkongsi kebimbangan mengenai beberapa transaksi yang dinyatakan sebagai ‘direct debit’ atau debit langsung melalui aplikasi atau laman sesawang CIMB Clicks.

Bagaimanapun, CIMB Bank memberi jaminan kepada para pelanggannya bahawa transaksi debit langsung dalam akaun mereka adalah transaksi kad debit yang sah.

Direct Debit CIMB

Menurut jurucakap CIMB Bank, insiden-insiden terpencil itu adalah berkenaan transaksi tidak lengkap yang dibuat oleh pelanggan dengan peniaga luar negara seperti langganan atau perkhidmatan penstriman dalam talian.

Transaksi tersebut telah dilabel semula sebagai debit langsung yang menimbulkan kekeliruan kepada para pelanggan. Bagi pelanggan yang terkesan, CIMB menyatakan akan menghubungi mereka untuk penjelasan lebih lanjut.

Dalam pada itu, transaksi tersebut turut dikaitkan dengan aplikasi Zoom yang mempunyai pelbagai isu berkaitan keselamatan dan pendedahan data peribadi pengguna. Namun, tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai perkara ini.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY