Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
10 Jenis Pekerjaan Baru Yang Diramal Akan Mendapat Permintaan Tinggi Pada Masa Hadapan

China Guna Teknologi Kecerdasan Buatan Untuk Kesan Jenayah Dan Dakwa Pesalah

Diterbitkan Disember 29, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Sekumpulan penyelidik di China telah berjaya mencipta teknologi kecerdasan buatan yang boleh mendakwa manusia atas kesalahan jenayah mereka.

Teknologi ini dibangunkan oleh pejabat pendakwaan awam di Shanghai dan diketuai oleh pengarah Akademi Sains China, Professor Shi Yong. Pendakwa raya AI ini boleh memfailkan pertuduhan dengan ketepatan lebih daripada 97 peratus berdasarkan penerangan lisan kes.

Teknologi yang dikenali sebagai System 206 ini telah dilatih dengan lebih 17,000 kes sejak 2015. Ia boleh mengesan 8 bentuk jenayah iaitu kecurian, penipuan, judi, penipuan kad kredit, memandu secara berbahaya, mencederakan dengan sengaja, menghalang petugas awam, mencetuskan dan terlibat dalam pergaduhan.

Professor Shi Yong berkata teknologi ini dapat meringankan beban pendakwa raya dan membolehkan mereka menumpukan pada tugas yang lebih sukar.

China merupakan antara terawal menggunakan kecerdasan buatan dalam hal pendakwaan sejak 2016.

Sumber: South China Morning Post

Baca juga:

  • 5 Ciri Ini Serius Dah Cukup Buat Anda Tertarik Dengan Garmin Venu 2
  • Jangan Beli Laptop Selagi Anda Tak Baca 11 Perkara Penting Ini
  • Beli Laptop Percuma Printer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY