Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
keselamatan siber

China Dan Singapura Paling Lemah Dalam Keselamatan Data, Malaysia Tidak Tersenarai

Diterbitkan April 28, 2022 oleh Nadiah Ab

Syarikat keselamatan siber, Group-IB baru-baru ini mengeluarkan laporan kajian berkaitan pangkalan data yang paling banyak terdedah pada tahun 2021.

Penyelidikan ini dijalankan oleh pasukanĀ Attach Surface Management dari Group-IB untuk menganalisis pangkalan data yang terbuka di internet.

Didapati pada separuh kedua tahun 2021, bilangan pangkalan data yang terdedah meningkat sebanyak 16% kepada 165,600 dengan kebanyakannya disimpan di pelayan di Amerika Syarikat.

Secara keseluruhan di peringkat global, sejumlah 308,000 pangkalan data yang dikesan tahun lepas berpotensi terdedah kepada penggodam.

keselamatan data
Sumber: Group-IB

Bilangan pangkalan data yang terkesan terus meningkat hampir setiap suku tahun sejak awal 2021 sehingga kemuncaknya pada suku pertama tahun 2022.

Berdasarkan laporan, Amerika Syarikat menduduki tempat teratas dengan hampir 93,700 pangkalan data terdedah ditemui, diikuti oleh China dengan hampir 54,800.

Jerman berada di tempat ketiga dengan hampir 11,200 pangkalan data manakala Singapura di tempat keenam dengan hampir 5,900 pangkalan data.

keselamatan data
Sumber: Group-IB

Ini bermakna dalam senarai 10 teratas, China, India dan Singapura adalah yang paling teruk dari Asia dan Malaysia tidak tersenarai.

Dalam erti kata lain, keselamatan data Malaysia masih antara yang terbaik dan kita patut bangga dengan kenyataan ini.

Sumber: Group-IB

Baca juga:

  • Keselamatan Siber Malaysia Setanding Rusia, Jauh Hebat Berbanding Israel
  • Jenayah Lain Menurun Tapi Jenayah Siber Mencanak Naik Di Malaysia
  • Buli Siber – Anda Boleh Dipenjarakan Jika Didapati Bersalah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY