Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Bina Panel Solar Berbentuk Panda

China Bina Panel Solar Berbentuk Panda

Diterbitkan Julai 10, 2017 · Dikemas kini Julai 10, 2017 oleh Helmi Samsuri

Sebuah syarikat tenaga solar dari China (New Energy Group) telah berjaya menyiapkan fasa pertama pusat janakuasa solar termasuk sebuah loji 50MW.

Apa yang menarik?

Ia berbentuk seperti seekor panda!

Dibina di atas tanah seluas 248 ekar, pusat janakuasa solar tersebut telah disiapkan pada 30 Jun lalu dan mula membekalkan kuasa ke lebih dari 8000 isi rumah di wilayah barat laut negara itu.

Diberi nama, Panda Power Plant, janakuasa solar terbabit berupaya menghasilkan 3.2 bilion kilowatt-jam tenaga solar dalam tempoh 25 tahun.

Hal ini dapat menjimatkan penggunaan 1 juta tan arang atau bersamaan dengan mengurangkan 2.74 juta tan pelepasan karbon dioksida.

Dijadualkan “panda” kedua akan mula dibina lewat tahun ini.

China Bina Panel Solar Berbentuk Panda
Ilustrasi projek, buat masa sekarang fasa pertama telah berjaya disiapkan dan sudah mula beroperasi

New Energy Group telah bekerjasama dengan United Nations Development Program (UNDP) bagi merealisasikan projek solar panda ini.

Selain membekalkan tenaga ke rumah-rumah, ia juga dibina atas tujuan memberi kesedaran kepada belia di China tentang pentingnya tenga bersih.

Sumber: PC Mag

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY