Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
China Dakwa Boleh Pintas Ciri Penyulitan AirDrop Untuk Kenal Pasti Pengirim

China Dakwa Boleh Pintas Ciri Penyulitan AirDrop Untuk Kenal Pasti Pengirim

Diterbitkan Januari 10, 2024 · Dikemas kini Januari 10, 2024 oleh Amalina Athman

Sebuah institusi yang disokong oleh kerajaan China kini mendakwa telah berjaya memintas protokol penyulitan pada ciri AirDrop Apple, membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti pengirim yang berkongsi kandungan tidak diingini.

Berkaitan

  • Google Mempertingkatkan 'Nearby Share', Akhirnya Setanding 'AirDrop'
  • Apple Hadkan Tetapan AirDrop Dalam Kemas Kini iOS 16.2 Akan Datang
  • Cara Untuk Menukar Nama Pada Sambungan Airdrop dan WiFi iPhone

Menurut laporan Bloomberg, agensi itu mendakwa kaedah yang digunakan membolehkan pihaknya melihat nombor telefon, alamat e-mel dan nama peranti pengirim.

Agensi itu berkata pihak polis telah mengenal pasti beberapa suspek melalui kaedah tersebut, tetapi tidak mendedahkan jika ada penangkapan.

It improves the efficiency and accuracy of case-solving and prevents the spread of inappropriate remarks as well as potential bad influences,

Penemuan ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan China untuk menghapuskan kandungan yang tidak diingini. Sebagai contoh, AirDrop telah digunakan secara meluas oleh aktivis untuk berkongsi kandungan pro-demokrasi semasa protes di Hong Kong pada 2019.

Ia kemudiannya mendorong Apple mengehadkan penggunaan AirDrop di China dan diikuti oleh pengguna global bermula kemas kini iOS 16.2. Ciri AirDrop secara default ditetapkan untuk “Kenalan” sahaja, sementara pilihan untuk menghidupkan AirDrop kepada “Semua Orang” dihadkan kepada 10 minit.

Berbalik kepada konteks, tidak diketahui sekiranya kecacatan keselamatan dalam protokol AirDrop telah dieksploitasi oleh agensi itu. Buat masa ini, Apple belum memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut.

Sumber: Bloomberg, via MacRumors

Gambar utama: Reddit

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Liputan ULTRA5G U Mobile Kini Menjangkau Kira-Kira 2.3 Juta Penduduk Di Sabah
  • Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Dalam Ranking AnTuTu Setakat Oktober 2026
  • LUMOS Lancar 4 Model Tablet Mampu Milik, Harga Bermula RM399
  • Ledakan AI Ubah Kuasa Rundingan Pembekal Cip, Apple Kini Berdepan Kos Lebih Tinggi
  • Ladang Angin Seluas Singapura Kini Salur Elektrik Ke Vietnam
  • Google Perkenal Ikon Baharu Untuk Messages, Phone Dan Contacts
  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
©2026 WISER.MY