Tak Ada Boleh Lawan, Ini Telefon Yang Boleh Dapat Foto Potret Memukau

Telefon masa kini sudah sedia ada dengan mod potret dan kebanyakannya sudah agak baik. Namun sebenarnya, anda boleh mantapkan lagi hasil gambar potret tersebut.

Bagaimana? Mudah sahaja, ikuti 3 tips ringkas di bawah.

Jaga Jarak Dengan Subjek




Antara kunci utama dalam mengambil gambar potret yang baik adalah menjaga jarak lensa peranti dengan subjek.

Anda perlu mengikut saranan daripada peranti yang anda guna. Tidak terlalu jauh dan tidak terlalu dekat juga.

Guna Mod Potret, Pilih Jarak Fokus




Seperti yang dinyatakan, setiap peranti ada mod potret dan pastikan anda guna mod ini sebelum mengambil gambar potret.

Selain itu, anda juga boleh menukar jarak fokus (focal length) dalam mod ini sekiranya ada. Sebagai contoh 35mm, 50mm, 85mm mahupun 100mm kalau peranti anda ada.

Dengan pemilihan jarak fokus yang betul, anda akan dapat hasil potret yang berbeza serta jauh lagi baik. Malah, anda boleh bereksperimen melalui jarak fokus dan subjek anda.

Edit Gambar




Setiap yang menggemari mengambil gambar pasti menyukai untuk menyunting (edit) gambar juga. 

Sebenarnya, gambar potret anda akan lebih naik serinya jika mengedit selepas mengambil gambar. Tidak perlu terlalu banyak, edit secara minimum pun sudah cukup.

Sebagai contoh bermain pada tetapan highlight, exposure, vibrance, saturation dan lain-lain. Ini secara tidak langsung memberikan gambar potret anda ada cerita tersendiri.

Telefon Ini Dapat Gambar Potret Memukau Dengan Mudah




Mungkin anda rasa macam susah untuk ikut tips tersebut atau rasa leceh kerana terlalu banyak benda. Jangan risau, sebab itulah telefon itu pintar.

vivo baru-baru ini hadir dengan telefon terbaharu menerusi siri X100 yang mana kalau anda tidak tahu, ia sememangnya memfokuskan kamera dan memang memudahkan anda.

Bukan setakat mudahkan dapat hasil gambar potret memukau, kali ini juga ia didatangkan dengan telefoto sunset untuk mendapatkan gambar matahari terbenam. Teruskan membaca untuk ketahui lebih lanjut berkaitannya dan hasil gambar menggunakan siri X100 daripada vivo.

Telefon Dengan Telefoto ZEISS APO



Kita sudah tahu yang vivo telah lama bekerjasama dengan ZEISS. Lain pula untuk 2024, kali ini mereka menampilkan telefoto ZEISS.

Apa yang ditampilkan kali ini memang ada kelainan yang mana mereka menggunakan rekaan floating elements. Fungsinya adalah untuk mempertingkatkan prestasi fokus pada gambar potret.

Selain itu, penstabilan imej pada lensa telefoto ini juga adalah setanding dengan SLR.



Tambahan lagi, ZEISS T* Coating pada siri X100 juga mempertingkatkan lagi kejelasan gambar (clarity) sebanyak 20% berbanding model terdahulu.

Bermakna, baik siang mahupun malam, hasil gambar anda memang cukup cantik dan cemerlang.

Gambar Potret Lebih Menarik Dengan Multifocal Portrait


Disebabkan siri X100 sudah menggunakan rekaan lensa telefoto baharu, secara tidak langsung vivo menawarkan ciri multifocal portrait.

Biasanya, ciri sebegini amat jarang ditawarkan pada peranti lain dan jika ada pun, tidak cukup baik.



Siri X100 hadir dengan pelbagai jarak fokus (focal length), iaitu 24mm, 35mm, 50mm, 85mm dan 100mm. 





Menerusi pilihan focal length yang banyak, anda lebih fleksibel dalam mengambil gambar potret. Sama ada mahu gambar ketika travel, detik indah di rumah atau pun mahu hasilkan gambar yang penuh emosi.



Malah, siri X100 ini juga didatangkan dengan ZEISS Style Portrait yang mana memberikan hasil bokeh mirip lensa ZEISS. Terbaru, anda boleh gunakan kesan suar bokeh B-Speed Style.


Gambar Sunset Kini Guna Telefon Sahaja


Kapsyen: Foto: N Muif


Kalau anda nak tahu, selain daripada gambar potret, siri X100 mempunyai satu ciri yang mungkin anda tidak terfikir, iaitu mengambil gambar matahari terbenam atau sunset.

Sebenarnya, gambar matahari jauh lebih sukar diambil berbanding gambar bulan. Tidak mengapa, siri X100 jawapan kepada ini.



Dengan lensa telefoto baharu yang dilengkapi bersama, gambar matahari terbenam menggunakan telefon boleh menjadi realiti. 

Di samping itu, kamera utama untuk vivo X100 Pro menawarkan sensor bersaiz 50MP 1 inci yang secara tidak langsung gambar yang anda ambil cukup baik tidak kira apa jua situasi.

Prestasi Peranti Seiring Kamera




Walaupun telefon ini memfokuskan kamera tetapi prestasi dalamannya tidak dilupakan. Siri X100 dilengkapi spesifikasi andalan, iaitu menggunakan cip MediaTek  Dimensity 9300 dan ini adalah peranti pertama di dunia yang menggunakan cip berprestasi daripada MediaTek tersebut.

Cip ini memberikan peningkatan prestasi sebanyak 40% dengan 33% penggunaan tenaga lebih rendah.

Bukan itu sahaja, kali ini juga ia hadir dengan sebuah lagi cip andalan, iaitu cip V3 untuk model X100 Pro. Ia merupakan pemproses 6nm untuk mempertingkatkan kecekapan tenaga, memberikan kualiti gambar lebih baik, mod resolusi super untuk game.

Tambahan lagi, cip V3 tersebut juga mampu memberikan rakaman video sinematik 4K lebih cemerlang sekali gus menjadikannya seperti dirakam menggunakan kamera SLR.



Selain itu, vivo X100 dibekalkan bateri sehingga 5000mAh dengan 120W pengecasan. Sementara model Pro adalah 5400mAh dengan 100W pengecasan berwayar dan tanpa wayar. Paling menarik, sekiranya bateri berbaki 10%, anda boleh gunakannya sehingga 1 jam.

Lain-lain adalah storan sehingga 512GB, RAM sehingga 32GB dan skrin 8T LTPO OLED 120Hz dengan kecerahan 3000 nits yang mana ia merupakan paparan eksklusif dalam industri.

Ini Telefon Buat Anda Penggemar Fotografi




Siri X100 vivo turut menawarkan rekaan menarik yang mana panel belakang seperti sun halo, iaitu cahaya yang biasa kita nampak terhasil apabila melihat matahari.

Jadi, bagi anda di luar sana yang mahukan sebuah peranti yang mempunyai rekaan yang menarik serta berkemampuan cemerlang dalam fotografi, siri X100 daripada vivo adalah untuk anda.

Ditawarkan dengan dua pilihan warna, Startrail blue dan Asteroid Black, anda boleh dapatkan peranti ini pada harga bermula RM3499 dan boleh dibeli menerusi laman rasmi vivo serta gedung dalam talian di Shopee dan Lazada. 



Prapesan sekarang dan anda bakal menerima hadiah percuma vivo TWS air atau vivo TWS 2e + jam tangan pintar vivo terpilih. Klik pautan ini untuk beli - https://linktr.ee/vivox100series

*artikel ini dibawakan vivo Malaysia