Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Paparan 3D Kini Hadir Pada Monitor ‘Gaming’ Acer Dan Siri Aspire

Posted on Januari 8, 2024

Kini, Acer telah memperkenal dua produk mereka yang berupa monitor dan komputer riba bersama penerapan ciri SpatialLabs Stereoscopic 3D bagi membawa pengalaman 3D menerusi video di skrin tanpa penggunaan alatan seperti cermin mata 3D.

Predator SpatialLabs View 27

Monitor ini menawarkan paparan skrin bersaiz 27 inci dengan penerapan ciri SpatialLabs TrueGame untuk memaparkan output video 3D 4K pada kadar segar semula 160Hz.

Selain itu, monitor ini juga dilengkapi dengan dwi pembesar suara 2.5W yang digabungkan dengan Acer Immerse Audio untuk penghasilan bunyi 3D seiring dengan paparan 3D pada skrin.

Acer Aspire 3D 15 SpatialLabs Edition

Laptop ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7 dengan sokongan GPU NVIDIA RTX 4050. Ia juga dilengkapi dengan 35GB DDR5 RAM dan 2TB storan.

Dengan penguasaan daripada perkakasan berkualiti tinggi ini, Aspire 3D 15 merupakan laptop Acer yang hadir dengan ciri SpatialLabs 3D untuk paparan video dan permainan secara 3D pada saiz skrin 15.6 inci

Selain itu, laptop ini juga dibekalkan dengan untuk menyediakan sambungan internet pada tahap gaming bagi melancarkan permainan untuk pengalaman kecerdasan buatan dalam peranti serta menerapkan Acer PurifiedView dan PurifiedVoice untuk kaedah perhubungan 3D dalam talian yang berkualiti.

{suggest}

Sumber: Siaran Media Acer Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress