YouTube Genap 18 Tahun Hari Ini, Mari Telusuri Sejarahnya

Hari ini, 14 Februari 2023 merupakan ulang tahun ke-18 Youtube yang dicipta pada tahun 2005. Platform video ini diasaskan oleh 3 insan iaitu Steve Chen, Chad Hurley dan Jawed Karim.

Kapsyen: Steve Chen, Chad Hurley dan Jawed Karim.


Mereka bertiga juga merupakan bekas pekerja PayPal. Waktu awal-awal penubuhan YouTube, ibu pejabatnya terletak di atas kedai pizza dan restoran Jepun di San Mateo, California.

Malah, kakitangan YouTube juga kebanyakannya daripada kenalan mereka yang turut sama berkhidmat di PayPal sebelum itu.

Kapsyen: Sumber: 1000logos


Chen mengakui bahawa mereka tidak pernah mengadakan temuduga langsung untuk mengambil kakitangan waktu itu.

YouTube seawal kemunculan


Kapsyen: Sumber: tz.de


Ia sebenarnya dibikin sebagai platform bertemu perkenalan (dating platform seperti Tinder, TillJannah) dengan slogan "Tune In, Hook Up".

Idea asalnya ialah pengguna muat naik video pengenalan dan senaraikan ciri yang mereka mahukan dalam pasangan dicari. Bahkan, mereka sanggup membayar $20 jika ada wanita muat naik video di sana.

Kapsyen: Antara muka YouTube pada 2005.


5 hari sejak dinaikkan, tiada seorang pun menyertai platform itu. Ya, idea tu gagal.

Kemudian, barulah ia berubah arah, ketiga-tiga pengasas bersetuju untuk menjadikannya lebih terbuka, menerima apa saja jenis video untuk dimuatkan.

Kapsyen: Antara muka pada 2006.


YouTube sejak awal lagi mendapat sambutan yang meriah. Bayangkan, dalam fasa betanya saja sudah menarik seramai 30,000 pelawat dalam sehari.

Apabila dilancarkan secara rasmi sekitar 7 bulan selepasnya iaitu Disember 2005, ia memperolah lebih 2 juta tontonan setiap hari.

Kapsyen: Antara muka pada 2008.


Bulan depannya pula, Januari 2006, naik ke 25 juta tontonan sehari. Selebihnya ialah sejarah, kata orang.

Sehingga kini, ketika platform lain mula goyah disebabkan pesaing, tapi YouTube masih steady pada 2023, kekal jadi platform video terpenting untuk umat manusia hari ini.

Kapsyen: Antara muka pada 2010.


Kita telusuri bagaimana 3 lelaki tadi mendapat ilham mencipta YouTube.

Kenapa ia boleh tercipta


Begini, pada tahun 2004 iaitu dalam persembahan Superbowl, ada satu kejadian yang menggemparkan peminat seluruh AS dan mungkin juga dunia. Ia berkaitan persembahan Justin Timberlake dan Janet Jackson.


Janet Jackson says she and Justin Timberlake are 'good friends'

Walaupun internet sudah meluas di sana, namun ketiga-tiga pengasas YouTube ini tidak dapat menjumpai video persembahan itu di alam maya.

Dari situ, mereka sedar bahawa tidak wujud lagi platform sebegitu -- tempat perkongsian video.

Kapsyen: Sumber: Wikipedia


Bukan hanya disebabkan video Superbowl, malah satu lagi kejadian iaitu tsunami di Lautan Hindi turut menyebabkan mereka berasa betapa perlunya platform sebegitu.

Kapsyen: Antara muka pada 2011.


Apa yang mereka mahukan ialah untuk pengguna biasa yang kurang cekap komputer atau IT tetap boleh mengaksesnya melalui antara muka yang ringkas untuk memuat naik mahupun menonton kandungan.

3 pengasas bersama


Video pertama di Youtube berjudul "Me at the zoo", dimuat naik oleh salah seorang pengasas iaitu Jawed Karim yang dirakam di Zoo San Diego.



Bercakap tentang pengasas, Hurley lebih ke arah rekaan laman web YouTube, menggunakan kemahirannya (dan mempunyai kelulusan dan bidang seni) untuk mereka logo dan antara muka,

Chen pula lebih berperanan di belakang tabir, memastikan YouTube berfungsi dengan sempurna.

Kapsyen: Steve Chen dan Chad Hurley. Sumber: Insider


Karim pula seorang pengaturcara dan turut terlibat dalam membangunkan YouTube dari segi coding dan rekaan laman web.

Hari ini, ketiga-ketiga mereka tidak lagi berada dalam YouTube.

Google ambil alih


Kapsyen: Presiden AS Bill Clinton, Hurley, Chen dan Larry Page.


Begitu besar pengaruh YouTube sehinggakan dalam masa singkat saja, Google akhirnya membeli YouTube pada tahun 2006.

Google menewaskan Microsoft, Yahoo!, Vicaom dan News Corporation yang turut berminat.

Jumlahnya juga bukan sikit tapi $1.65 bilion. Ada pengasas yang terus keluar, ada juga yang tinggal seketika buat beberapa tahun.

YouTube founders buy social media tracker Kapsyen: Chen dan Chad. Sumber: Phys


Sebenarnnya, Google pernah tawarkan perkhidmatan seperti YouTube tapi tidak mendapat sambutan. Ia dinamakan Google Video.

Melihat betapa besarnya YouTube, Google cepat-cepat ambil langkah untuk belinya dalam usaha "mendominasi" internet.



Hari ini, YouTube hadir dengan pelbagai peraturan, iklan dan cara menjana pendapatan hasil kerja Google seperti. Kita juga tahu betapa dominannya Google dalam urusan harian kita.

15 tahun dulu, siapa sangka YouTube juga boleh dilanggan secara bulanan dan turut jadi platform muzik, Premium dan Music.



Selepas 15 tahun, pendapatan YouTube melalui iklan meningkat sebanyak lebih 11 kali ganda. Bayangkan pada tahun 2023.

Chen pada 2008 pernah berkata bahawa dia tidak suka untuk mempamerkan iklan dengan terlalu banyak kerana tahu sebagai pengguna, tiada siapa pun suka akan gangguan itu.

Kapsyen: Sumber: Emigrants Life


Chad juga tidak mahu YouTube memaparkan iklan namun akhirnya meletakkannya juga bermula 2007.

Pengasas YouTube selepas diambil alih


Kapsyen: Sumber: Steve Chen


Steve Chen masih kekal dalam syarikat selepas pengambilalihan oleh Google namun angkat kaki pada tahun 2009. Dia kemudian menyertai Google dan juga meninggalkannya 2 tahun selepas itu.

Tahun 2013, dia bersama Hurley yang juga pengasas bersama YouTube menubuhkan AVOS Systems. Tahun berikutnya, dia menyertai pula pasukan Google Ventures.

Chen dilaporkan tinggal di Singapura sekarang dan menjadi pelabur (angel investor) untuk syarikat-syarikat baru.

Kapsyen: Sumber: Daze Info


Chad Hurley undur diri daripada YouTube selaku CEO pada tahun 2010 dan sertai Google. Tahun berikutnya, dia juga keluar daripada Google dan memulakan AVOS Systems dengan Chen.

AVOS kemudian menjadi syarikat video mudah alih dan bertukar nama menjadi MixBit.

Hari ini, dia seorang pelabur dan pengasas bersama GreenPark Sports, sebuah syarikat sukan digital yang membangunkan permainan mudah alih. Dia juga mempunyai pegangan dalam Los Angeles Football Club dan Golden State Warriors.

Jawed Karim 2008.jpg Kapsyen: Sumber: Wikipedia


Jawed pula tidak pernah memegang jawatan rasmi dalam YouTube sebenarnya kerana menumpukan terhadap pelajaran tapi masih berperanan mengasaskannya.

Dia memiliki saham paling sedikit antara mereka bertiga dan paling low-profile. Dengan jawatan sebagai "penasihat tidak rasmi", dia juga dilapor tidak pernah menerima gaji daripada syarikat itu.

{suggest}

Pada 2008, Jawed menubuhkan pada Youniversity Ventures (Y Ventures) dengan iaitu firma pelaburan dan antara yang mendapat manfaat daripadanya termasuklah Reddit dan Airbnb.

Dia juga sering mengemas kini bahagian description video pertama di YouTube untuk bersuara apabila tidak bersetuju dengan Google.

Misalnya, apabila Google wajibkan pengguna memakai akaun Google+ untuk tinggalkan komen di YouTube.

Sumber: IE, History Computer, ,

Gambar utama: Sybershel