Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
windows 11 widget

Kemas Kini Baharu Windows 11 – Ada Bing Dengan AI, Snipping Tools Mampu Rakam Video

Diterbitkan Mac 3, 2023 · Dikemas kini Mac 3, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Dalam kemas kini utama Windows 11 yang baru saja dilepaskan, beberapa ciri baharu turut disertakan bersama. Menariknya, ia turut menyertakan fungsi kecerdasan buatan (AI) pada Bing seperti yang semakin hangat beberapa minggu ini.

Windows 11 Start screen with new Bing module displayed

Bing dengan fungsi kecerdasan buatan ini boleh diakses terus daripada taskbar untuk anda buat carian, tanya soalan dan penciptaan kandungan.

Anda juga mungkin pernah lihat ciri Phone Link pada komputer riba namun tidak pernah menggunakannya. Kini, ia juga menyokong sambungan dengan iPhone.

Windows 11 Phone Link for iOS user interface

Sambungan dengan iOS ini bagaimanapun masih terhad pada Insider waktu ini.

Bagi Android, memang ia sudah lama tersedia namun ada beberapa penambahbaikan untuk telefon jenama Samsung.

Berkaitan

  • (Ulasan) Lenovo Legion 5 - Harga Dan Prestasi Sama-Sama Seiring
  • Cara Melihat "Router IP Address" Pada Windows 11
  • Cara Untuk "Screenshot" Di Windows 11
  • Tetapan Mudah Untuk Tingkatkan Prestasi PC Pada Windows 11
  • 5 Smart TV 4K Terbaik Yang Boleh Anda Beli Bawah RM2000

Misalnya, pengguna telefon Samsung dapat mengaktifkan hotspot dengan satu klik pada komputer mereka. Selain itu, mereka juga dapat memindahkan sesi laman web daripada telefon PC dengan mudah melalui ciri Recent Websites.

Selain itu, Snipping Tool juga kini boleh merakam video.

Studio effects user interface in Windows 11

Windows Studio Effects dengan kecerdasan buatan pula dapat bantu penampilan anda dalam video.

Aplikasi Notepad juga sudah menyokong tab. Jadi, anda boleh buka beberapa nota dalam satu tetingkap.

Enhanced Notepad app in Windows 11

Banyak lagi perkara baharu yang lain turut tersedia termasuklah sokongan paparan braille dan sebagainya.

Maklumat lebih terperinci berkenaan kemas kini utama ini boleh didapati di laman web Windows.

Sumber: Siaran Akhbar Microsoft

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY