Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Spotify Sedang Menguji Ciri Baru Stories Untuk Pengguna Berpengaruh

CEO Spotify Masih Tidak Pasti Bila Spotify HiFi Akan Dilancarkan

Diterbitkan Februari 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Sebut sahaja tentang Spotify, pasti semua pengguna telefon pintar mengenalinya sebagai platform muzik paling terkenal. Namun, dominasi Spotify kini tampak goyah kerana Apple Music yang baru sahaja dilahirkan beberapa tahun lepas telah menyediakan beberapa ciri yang membawakan audio berkualiti tinggi (lossless audio)dan Dolby Atmos.

Secara ringkasnya, dengan ciri ini, kualiti audio yang dimainkan adalah lebih baik dengan saiz yang lebih besar.

Terdahulu, Spotify telah menjawab persoalan tarikh pelancaran Spotify HiFi forum mereka namun jawapan mereka nyata tidak memuaskan hati pengguna. Hal ini kerana Spotify dengan terus-terang mengatakan mereka tidak mempunyai tarikh tetap untuk diuar-uarkan.

Terbaru, CEO Spotify, Daniel Ek memberitahu pelabur dan juruanalisis bahawa penundaan ciri HiFi ini adalah disebabkan isu berkaitan perlesenan namun mereka sedang berusaha untuk membawanya pada pengguna kelak.

Kata beliau, “Banyak perkara yang dibincangkan terutamanya tentang muzik, akhirnya akan melibatkan perlesenan. Jadi, saya tidak boleh memberi apa-apa maklumat terperinci tentangnya (Spotify HiFi) selain memberitahu bhawa kami sentiasa berhubung dengan rakan kongsi untuk membawa ciri ni ke pasaran.”

Spotify sebelum ini mengumumkan bahawa Spotify HiFi akan dilancarkan pada penghujung 2021. Bagi anda yang sedang menuntut di universiti atau kolej, anda boleh baca di SINI untuk mendapatkan harga langganan Spotify dengan lebih murah.

Sumber: 9to5Mac

Baca juga:

  • Pengguna Spotify Mungkin Kena Tunggu Lagi Untuk Muzik HiFi
  • Spotify Benarkan Pengguna Kongsi Lirik Ke Media Sosial, Ini Caranya
  • Pakej Spotify Untuk Pelajar, Ini Cara Nak Langgan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY