Sepatutnya Dilancarkan Pada Tahun Lepas, Apa Cerita Dengan Spotify HiFi?

Jika pengguna mahukan penstriman audio premium Hi-Fi, ada 2 perkhidmatan yang popular untuk dilanggan iaitu Tidal dan Deezer.

Namun begitu, kelemahan utama mereka adalah pustaka lagu yang rendah jika dibandingkan dengan Spotify. Disebabkan itulah apabila Spotify mahu melancarkan versi Hi-Fi mereka, ramai yang cukup teruja dengan berita ini.

Untuk konteks, pada Februari 2021, Spotify telah mengumumkan Spotify HiFi akan ditawarkan kepada pengguna Premium untuk tahun tersebut.

Namun sudah pun masuk 2022, dan setelah 10 bulan sejak berita ini, Spotify masih senyap tambahan pengguna pula masih menunggu apa cerita tentang perkhidmatan Hi-Fi mereka itu.

Baru-baru ini wakil dari Spotify telah menjawab soalan mengenai Spotify dalam forum komuniti Spotify.



Menurut beliau, Spotify sehingga sekarang masih lagi belum mempunyai tarikh pelancaran untuk ciri ini.

Sesungguhnya penjelasan itu kurang memuaskan hati disebabkan Spotify tidak menerangkan mengapa mereka terlewat melepaskan ciri itu yang sepatutnya dilancarkan pada tahun lepas.

Buat masa ini nampaknya pengguna Premium Spotify terpaksa menungu tanpa hala tuju apakah nasib Spotify Hi-Fi ini - sama ada betul-betul akan ada atau tidak.

Menariknya, pada awalnya penawaran Spotify Hi-Fi ini sebenarnya bertujuan untuk menarik minat pengguna Apple Music yang ketika itu baru sahaja melancarkan ciri audio Dolby Atmos.

Tetapi nasib tidak menyebelahi Spotify Hi-Fi. Apple Music dengan Dolby Atmos ditawarkan untuk pengguna pada Jun 2021, namun Spotify Hi-Fi kekal ternganga tanpa berita sehinggalah sekarang.

Sumber: Spotify

Baca juga:

Berkaitan