Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
model OnePlus 9R

CEO Sahkan Model Ketiga OnePlus 9R Dengan Harga Mampu Milik

Diterbitkan Mac 19, 2021 oleh Amalina Athman

Sejak bulan lalu, kita telah dikhabarkan siri OnePlus 9 bakal hadir dengan model ketiga iaitu OnePlus 9R. Terkini, CEO OnePlus Pete Lau telah mengesahkan kewujudan OnePlus 9R sebagai penambahan kepada OnePlus 9 dan OnePlus 9 Pro.

Bagaimanapun, beliau mengatakan OnePlus 9R hanya akan ditawarkan untuk pasaran India. Tambahnya, peranti andalan ini akan memfokuskan kepada permainan mudah alih dengan harga mampu milik. Ia turut hadir dengan sokongan rangkaian 5G.

Buat masa ini, tiada perincian lanjut mengenai lain-lain spesifikasi yang akan dimuatkan pada OnePlus 9R. Akan tetapi, spekulasi mengatakan peranti ini mungkin akan dilengkapi dengan cip pemproses Snapdragon 865 serta sokongan kadar segar semula sekurang-kurangnya 90Hz.

Untuk maklumat rasmi, nantikan acara pelancaran siri OnePlus 9 yang akan berlangsung pada 23 Mac 2021.

Sumber: News18 via The Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY