CEO Huawei Kongsi Foto, Dipercayai Diambil Dari Huawei P30 Pro

Siri flagship terbaru dari Huawei telah disahkan pelancarannya dibuat pada 26 Mac depan.

Spekulasi awal menyatakan tetapan 4 kamera bakal dilengkapkan pada Huawei P30 Pro. Ia diikuti dengan penawaran sarung pelindung dari Spigen, ibarat mengesahkan perkara itu.

Kapsyen: Imej: Spigen


Terbaru, CEO Huawei, Richard Yu, telah berkongsi sampel gambar dan ia dipercayai diambil dari Huawei P30 Pro.

Kapsyen: Imej: Richard Yu


Walaubagaimanapun, watermark pada imej itu dikaburkan sedikit dan jarak antara perkataan "Huawei" dan "Pro" agak rapat, menguatkan lagi ia adalah "P30".

Baris bawahnya pula "QU**", dipercayai merujuk kepada perkataan "QUAD".

Huawei P30 Pro juga dilaporkan antara telefon pintar pertama yang akan menggunakan sensor 38MP Sony IMX 607.  Sensor kedua pula dikatakan lensa periskop untuk keupayaan zoom optikal diiringi lensa lebar dan lensa keempat dipercayai sensor ToF.

Sumber: Weibo via GizmoChina