CelcomDigi: Tambah Nilai RM30 Untuk 10GB Percuma, Terhad Hingga 28 Ogos 2023

CelcomDigi menyediakan beberapa tawaran daripada sekarang hingga 28 Ogos 2023 dalam kempen Hari Gaji Specials.

CelcomDigi August Hari Gaji Specials_BM

Untuk prabayar, pelanggan yang tambah nilai sebanyak RM30 sekaligus dan ke atas layak mendapat 10GB secara percuma.

Akan tetapi, tambah nilai haruslah dilakukan menerusi platform tertentu.

Untuk pengguna Celcom, pelanggan boleh tambah nilai melalui CelcomLife, laman web Celcom atau Boost.



UntukĀ  pelanggan Digi pula, melalui MyDigi, Digi Store Online, Boost, Lazada, TNG eWallet atau Z City.

Ia akan diberikan secara automatik sejurus tambah nilai dilakukan dan sah untuk 3 hari. dan tidak boleh digunakan untuk hotspot.



Bagi pelanggan pascabayar pula, pelanggan boleh membeli pas 15GB (7 hari) dengan harga RM15.

Ia tersedia untuk pengguna XPAX Postpaid, Mega dan Digi Postpaid.

{suggest}

Pembelian pas boleh dibuat melalui aplikasi Celcom, MyDigi dan laman web Digi Store.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman web Celcom dan Digi.

Jika anda sedang mencari telefon 5G? Boleh lihat senarai peranti di Shopee melalui pautan INI.

Sumber: CelcomDigi