Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1 (BM)

Aplikasi CelcomDigi Kini Rasmi, Tampil Lebih Kemas Dan Banyak Ciri Ditawarkan

Diterbitkan Oktober 7, 2025 · Dikemas kini Oktober 7, 2025 oleh ainabatrisyia

CelcomDigi kini memperkenalkan aplikasi mudah alih yang menggabungkan kebaikan dua aplikasi sedia ada iaitu Celcom Life dan MyDigi bagi meningkatkan keselesaan pengguna dalam pengalaman digital.

Aplikasi ini dilengkapi ciri baharu seperti akses mudah kepada perkhidmatan tambah nilai, sokongan pelanggan yang sentiasa tersedia, pelbagai ganjaran serta dilengkapi teknologi AI.

Aplikasi yang bakal menggantikan aplikasi Celcom Life dan MyDigi ini direka berdasarkan padangan daripada 10 juta pelanggan dan ditambah baik mengikut maklum balas daripada lebih 100,000 penguji beta.

Antara kemudahan yang terdapat pada aplikasi ini ialah, Auto-Reload Magic yang memastikan talian pelanggan prabayar kekal aktif tanpa mengalami gangguan talian.

Ia juga dilengkapi perkhidmatan tambah nilai secara langsung untuk striming Hiburan serta pelancongan pintar menggunakan Roaming pre-booking. 

Selain itu, terdapat juga ciri Sekuriti seperti log masuk biometrik, perlindungan peranti tunggal dan eKYC. Ciri permainan interaktif serta aktiviti interaktif harian untuk mendapatkan ganjaran juga tidak dilupakan bagi menambah baik pengalaman para pelanggan.

Dengan aplikasi ini, pelanggan dapat mengakses laman Keselamatan secara langsung untuk melaporkan sebarang penipuan dengan segera dengan menggunakan aplikasi baharu ini.

Bersempena pelancaran ini, pelanggan boleh menikmati hadiah seperti pas data kelajuan tinggi iaitu 100GB dengan hanya RM1 yang terhad kepada 1 juta pas sahaja, kadar istimewa bagi strim hiburan seperti Disney+ dan Viu dan perkhidmatan perantauan dan panggilan IDD percuma selama 12 bulan untuk langganan pascabayar.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Sistem Lampu Isyarat PJ Sentral Dan SS2 Kini Dipacu AI Dibangunkan CelcomDigi
  • Aplikasi Celcom Life Dan MyDigi Akan Ditamatkan Akhir Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY