Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
CD Projekt

CD Projekt Bukan Untuk Dijual – CEO

Diterbitkan Mei 30, 2023 oleh Amalina Athman

CEO Adam Kicinski kini mengesahkan CD Projekt bukan untuk dijual. Sekali gus, ia menafikan khabar angin bahawa syarikat di sebalik Cyberpunk 2077 dan The Witcher itu melakukan rundingan pengambilalihan dengan Sony.

Berkaitan

  • CD Projekt Red Umum 'Remake' The Witcher, Dikuasakan Unreal Engine 5

Kicinski berkata tiada rundingan sedemikian yang berlaku dan CD Projekt berpendirian mahu kekal bebas. Menurutnya,

“We have, I believe an excellent strategy. Not easy to execute, for sure, but it’s very exciting to follow our own path. So it’s a pure rumour.”

Dalam perkembangan terkini, CD Projekt dijangka akan memperkenal “Cyberpunk 2077: Phantom Liberty” di Los Angeles pada 8 Jun semasa Summer Game Fest: Play Days.

Pembangunan Phantom Liberty ini dikatakan permainan terakhir yang menggunakan REDengine milik syarikat itu sendiri. Setelah itu, CD Projekt akan beralih kepada Unreal Engine 5 untuk projek akan datang, termasuk trilogi Witcher baharu, pembuatan semula Witcher 1 dan sekuel Cyberpunk.

Sumber: Reuters via Yahoo

Gambar utama: IGN India

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY