Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Verifikasikan Akaun Instagram Anda

Cara Untuk Verifikasikan Akaun Instagram Anda

Diterbitkan Februari 14, 2019 oleh Tips Gajet

Kepada anda yang serius dalam membuat perkongsian pada Instagram sama ada untuk tujuan perniagaan atau sebagainya, memiliki akaun yang telah disahkan oleh pihak Instagram adalah amat penting untuk memperoleh kepercayaan daripada pengikut setia akaun anda.

Sebelum anda memulakan proses permohonan kepada pihak Instagram, adalah perlu untuk anda penuhi syarat – sayarat berikut terlebih dahulu.

  1. Keaslian, akaun yang ingin didaftarkan haruslah benar – benar mewakili orang, perniagaan ataupun entiti lain yang wujud.
  2. Unik, bermakna hanya ada seorang sahaja yang wujud dengan identiti tersebut, tiada “Fake Account” yang dibenarkan.
  3. Lengkap, iaitu akaun yang ingin didaftarkan mestilah mempunyai gambar profil, biografi dan Posting yang asli dan berkala. Akaun anda juga wajib untuk ditetapkan sebagai Public.
  4. Akaun anda juga mesti selalu dicari atau dibuka oleh pengikut lain, peninjauan akan dilakukan oleh pihak Instagram.

 

Cara untuk mendapatkan lencana verifikasi.

Setelah semua syarat telah dipenuhi, apa yang perlu anda lakukan ialah masuk ke akaun yang ingin disahkan.

Cara Untuk Verifikasikan Akaun Instagram Anda

Tap pada ikon tiga garis, kemudian pilih menu setting

Cara Untuk Verifikasikan Akaun Instagram Anda

Pilih menu Account

photo_2019-02-14_20-23-48 (2)

Pilih menu Request Verification

Cara Untuk Verifikasikan Akaun Instagram Anda

Anda akan diminta untuk memberikan maklumat tambahan seperti Nama penuh, gambar dan kad pengenalan atau nombor paspot sebagai bukti bahawa anda adalah pemilik akaun tersebut. Selesai.

Cara Untuk Verifikasikan Akaun Instagram Anda

Setelah dibuat pemeriksaan oleh pihak Instagram, sekiranya menepati syarat yang ditetapkan, maka akaun anda akan disahkan.

Sekiranya tidak berjaya, anda boleh cuba lagi dalam masa 30 hari.

 

Itulah sahaja sedikit erkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY