Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
SWIPE UP

Cara Untuk “Swipe Up” Instagram Tanpa 10,000 Pengikut

Diterbitkan Julai 18, 2020 ยท Dikemas kini Julai 18, 2020 oleh Amalina Athman

Jika ada yang belum maklum, Instagram Story mempunyai ciri “Swipe up” yang membolehkan pengguna meleret ke atas untuk mendapatkan akses ke pautan tertentu seperti video Youtube, laman web, blog dan sebagainya.

Bagaimanapun, ciri ini hanya tersedia khusus bagi akaun Instagram dengan jumlah pengikut (follower) 10,000 dan ke atas. Oleh itu, di bawah ini kami sediakan langkah alternatif untuk menggunakan fungsi swipe up tanpa 10,000 pengikut.

Muat naik ke IGTV

Cara Untuk “Swipe Up” Instagram Tanpa 10,000 Pengikut

Pertama, anda perlu memuat naik video di IGTV. Caranya adalah pergi ke Search > IGTV > pilih ikon “+” di bahagian atas kanan. Setelah itu, pilih mana-mana video yang berkenaan dengan durasi sekurangnya 1 minit.

Cara Untuk “Swipe Up” Instagram Tanpa 10,000 Pengikut

Taip tajuk yang bersesuaian di bahagian “Title”. Masukkan pautan (link) yang diinginkan dalam ruangan “Description”. Kemudian tekan butang “Post”.

Kongsi IGTV ke Intagram Story

swipe 3

Setelah IGTV berjaya dimuatnaik, pergi ke IGTV berkenaan di bahagian profil. Kemudian tekan pada butang “Send” dan “Add Video to Your Story”.

Cara Untuk “Swipe Up” Instagram Tanpa 10,000 Pengikut

Langkah seterusnya, pilih pada “Attach Link”. Di bahagian “Swipe up link”, tekan “+ IGTV video” dan pilih IGTV yang telah dimuat naik itu. Setelah selesai, anda boleh tekan “Done” dan muat naik ke Instagram Story. Anda juga boleh menambah GIF tertentu untuk menjadikannya lebih menarik.

Hasilnya

Jika anda tertanya bagaimana ia kelihatan apabila telah selesai semua langkah tersebut, di bawah ini adalah contohnya.

Cara Untuk “Swipe Up” Instagram Tanpa 10,000 Pengikut
swipe 7

Pada bahagian bawah Instagram Story akan terpapar “Watch Video” dan apabila pengikut meleret ke atas (swipe up), ia akan dihalakan ke IGTV yang telah dimuatkan dengan pautan.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY