Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Semak Aplikasi 32 Bit Yang Tidak Boleh Digunakan Pada iOS 11

Cara Semak Aplikasi 32 Bit Yang Tidak Boleh Digunakan Pada iOS 11

Diterbitkan Julai 18, 2017 · Dikemas kini Julai 18, 2017 oleh Helmi Samsuri

Bermula sejak kemaskini 10.3 yang lepas, peranti Apple seperti iPod Touch, iPod, dan iPad sudah mula meninggalkan aplikasi 32 bit.

Melihat kepada senarai peranti yang akan mendapat kemaskini iOS 11, jelas sekali bahawa sistem 32 bit tidak akan lagi mendapat sokongan daripada Apple (contoh: iPhone 5 dan iPad generasi ke-4).

iPhone 5s yang diperkenalkan pada 2013 dahulu telah menggunakan pemproses 64 bit, dan sejak dari itu Apple telah memberi amaran kepada pembangun aplikasi untuk menaik taraf aplikasi mereka supaya sesuai digunakan pada sistem 64bit.

Malangnya lebih kurang 184,000 aplikasi tidak dikemaskini dan ia sama sekali tidak boleh beroperasi pada sistem operasi yang baru, iOS 11.

Berikut merupakan cara untuk menyemak aplikasi 32 bit yang berada dalam peranti anda.

  • Setting -> General ->About -> Applications

Cara Semak Aplikasi 32 Bit Yang Tidak Boleh Digunakan Pada iOS 11

 

 

 

check-your-iphone-for-32-bit-apps-wont-work-ios-11.w1456 (2)

check-your-iphone-for-32-bit-apps-wont-work-ios-11.w1456 (3)

Tidak boleh tekan Applications?

Jangan risau, itu bermakna aplikasi yang anda gunakan semuanya berformat 64 bit.

Sekarang anda sudah tahu aplikasi mana yang akan terhenti apabila kemaskini iOS 11 tiba.

Bolehlah cari aplikasi alternatif lain untuk digunakan, ataupun anda boleh cuba menghubungi pembangun aplikasi itu untuk melihat sama ada kemaskini baru disediakan atau tidak.

check-your-iphone-for-32-bit-apps-wont-work-ios-11.w1456 (1)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY