Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Selarikan Audio Dan Video Pada Aplikasi VLC

Cara Untuk Selarikan Audio Dan Video Pada Aplikasi VLC

Diterbitkan Mac 10, 2019 oleh Helmi Samsuri

Menonton video yang tidak selari dengan audio memang menyedihkan. Jika anda menggunakan pemain video VLC (Android atau komputer) dan menghadapi masalah ini, terdapat cara untuk membaikinya.

Bagi pengguna VLC di Android, anda boleh lakukan dengan cara;

  • Buka video tersebut dalam aplikasi VLC
  • Pada paparan kawalan, tekang butang titik tiga.

Cara Untuk Selarikan Audio Dan Video Pada Aplikasi VLC

  • Tekan pula butang yang ditunjukkan dibawah.

Cara Untuk Selarikan Audio Dan Video Pada Aplikasi VLC

  • Pilih sama ada anda mahu laju atau perlahankan audio.

Cara Untuk Selarikan Audio Dan Video Pada Aplikasi VLC

Ia diukur menggunakan unit milisaat (ms). Jika bunyi dilewatkan 1000ms maka ia akan dimainkan selepas 1 saat video bermain.

Untuk mudah difahami, apabila bunyi kedengaran terlebih dahulu dari video, laraskannya dengan butang + manakala jika audio lebih lambat dari video, boleh laraskannya dengan butang –.

Bagi pengguna VLC dikomputer pula, cara tetapan untuk selarikan audio dan video boleh dilakukan dengan…

  • Mainkan video tersebut pada pemain VLC
  • Jika audio anda terlalu laju, tekan butang ‘K’ pada papan kekunci untuk perlahankannya. Jika video bergerak dahulu, dan bunyi lambat, tekan butang ‘J’.
  • Bagi pengguna Mac pula, butang pintasan adalah ‘G’ dan ‘F’.
  • Paparan masa yang dilajukan atau diperlahankan ditunjukkan pada sebelah atas kanan.

Anda juga harus maklum bahawa ini tetapan ini bersifat sementara, bermaksud jika anda tutup video dan mainkan semula, masalah ini akan kembali terjadi.

Jadi, anda boleh tetapkannya terus dengan cara;

  • Pergi ke ☰ Menu
  • Tekan Settings
  • Dibawah Extra Settings, tekan Video
  • Tandakan pada pilihan Save Audio Delay

Cara Untuk Selarikan Audio Dan Video Pada Aplikasi VLC

Tetapan ini akan disimpan untuk video tersebut sahaja. Jika ada video lain yang mengalami masalah serupa, lakukan langkah diatas.

Sumber: VLC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Bawa Pulang Produk Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY