Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Woman Concerned About Excessive Use Of Internet Closing Lid Of Laptop Computer

Cara Untuk Menutup Layar Komputer Riba Tanpa Memasuki Mod “Sleep”

Diterbitkan April 2, 2022 oleh Tips Gajet

Proses muat turun fail yang besar ataupun mengimbas sistem pada PC kebiasaannya memakan masa yang lama yang mana anda berkemungkinan meninggalkan PC dengan skrin terbuka untuk sementara waktu bagi menjalani aktiviti lain. Tetapan asal pada PC akan menyebabkan ianya di tidurkan sekiranya Lid ataupun layarnya ditutup sangat menjengkelkan bagi sesetengah situasi.

Berikut kami kongsikan cara untuk mengubah tetapan PC agar ianya tidak di tidurkan walaupun layar atau Lid di tutup agar proses yang anda sedang jalankan tidak terhenti.

Pertama sekali masuk ke menu Control Panel dengan membuat carian pada Windows.

Cara Untuk Menutup Layar Komputer Riba Tanpa Memasuki Mod “Sleep”

Kemudian Pilih menu Hardware and Sound > Power Options.

Cara Untuk Menutup Layar Komputer Riba Tanpa Memasuki Mod “Sleep”

Seterusnya pilih menu berikut.

Cara Untuk Menutup Layar Komputer Riba Tanpa Memasuki Mod “Sleep”

Akhir sekali tetapkan pelihan berikut pada menu Do Nothing dan disusuli menekan tombol Save Changes.

Cara Untuk Menutup Layar Komputer Riba Tanpa Memasuki Mod “Sleep”

Maka dengan itu setiap kali Laptop anda ditutup layarnya, sisitem windows akan tetap berfungsi seperti biasa.

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY