Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Ryzen 7000

Siri AMD Ryzen 7000 Berasaskan Zen4 Rasmi – Prestasi CPU Mencapai 5.5GHz

Diterbitkan Mei 24, 2022 · Dikemas kini Mei 24, 2022 oleh Firdaus

AMD telah mengumumkan siri baharu Ryzen 7000 berasaskan seni bina Zen4 dalam acara pembukaan Computex 2022 pada Isnin, 23 Mei. Dalam pembukaan tersebut, Dr Lisa Su memperlihatkan prestasi cip pemprosesan desktop tersebut.

**anda boleh langkau terus ke minit 3:20 untuk melihat prestasi AMD Ryzen 7000 Zen4

Apa yang mengejutkan adalah cip siri Ryzen 7000 itu mampu memecah kelajuan sehingga ‘5GHz barrier’ dengan beroperasi hingga angka 5,520.3 MHz.

Hal ini demikian, teknologi yang ada sekarang sukar untuk menyokong CPU desktop untuk beroperasi sekitar 5GHz tanpa bantuan ciri overclock.

Walau bagaimanapun, AMD tidak mendedahkan kadar bingkai per saat (FPS) yang dapat dicapai ketika cip pemprosesan siri AMD Ryzen 7000 itu menjalankan permainan video Ghostwire: Tokyo.

Oleh itu, biarpun itu merupakan pencapaian yang baik dari cip siri Ryzen 7000, kita tidak tahu akan perkakas (hardware) komputer yang digunakan AMD ketika mereka melakukan sesi percubaan game tersebut.

AMD Ryzen 7000

Tambahan lagi, siri Ryzen 7000 juga beroperasi pada kelajuan sekitar 5GHz untuk semua terasnya. AMD juga mengesahkan seni bina Zen4 akan menyokong penambahan prestasi melebihi 5GHz dan peningkatan sebanyak 15% bagi bebenang tunggal (single thread) berbanding generasi terdahulu.

AMD Ryzen 7000 1

CPU yang berasaskan generasi baharu AM5 mampu beroperasi dalam lingkungan kuasa antara 65W hingga 170W. Di samping itu, siri AMD Ryzen 7000 memerlukan papan induk baharu yang berasaskan siri 600 dan kemungkinan akan dilancarkan pada bulan September ini.

Sumber: videocardz

Baca juga:

  • AMD Akhirnya Umum Papan Induk Generasi Baharu – X670E, X670 Dan B650
  • Ini Senarai Papan Induk AM5 Siri 600 Dari MSI
  • Naraka: Bladepoint Mobile Diumumkan Bagi Peranti Android Dan iOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY