Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Melindungi Sambungan WiFi Rumah

Cara Untuk Melindungi Sambungan WiFi Rumah

Diterbitkan Julai 19, 2018 oleh Tips Gajet

Masalah sambungan WiFi rumah digodam sudah tidak asing lagi mutakhir ini, antara punca utamanya adalah disebabkan oleh kecuaian pengguna itu sendiri.

Mengabaikan aspek keselamatan tambahan dan mengambil mudah dengan penggunaan kata laluan yang tidak selamat akan memudahkan lagi para pencari “WiFi percuma” ini mengaksesnya. Berikut kami kongsikan langkah – langkah yang boleh dilakukan untuk melindungi talian internet dirumah anda daripada dicuri pakai.

1. Tukar nama pada sambungan WiFi

Tukar nama yang telah ditetapkan asal pada rangkaian WiFi anda, seperti D-link, Huawei dan lain -lain. Ini kerana sekiranya si pencuri mengetahui jenis modem ayng anda gunakan, akan memudahkan lagi proses untuk mereka gunakan dalam mendapatkan kata laluan.

2. Kata laluan yang unik dan susah dijangka

Jangan ambil mudah dalam menetapkan ata laluan. Menurut kajian, hampir 40% rakyat Malaysia gemar menggunakan tarikh lahir sebagai kata laluan.

Jadikan kata laluan anda sebagai sesuatu yang unik dan diselangi dengan simbol – simbol khas yang terdapat pada papan kekunci.

3. Aktifkan fungsi “Network Encryption” 

Pada tetapan modem akan terdapat jenis – jenis keselamatan yang diberikan sebagai pilihan seperti WEP, WPA dan lain – lain.

Pastikan anda memilih Encryption jenis WPA2 AES sebagai perlindungan pada kata laluan.

4. Kedudukan modem

Pastikan kedudukan modem berada ditengah – tengah rumah, ini bertujuan untuk mengurangkan kekuatan isyarat WiFi yang berjaya menembusi kawasan luar rumah anda yang mana akan memberi peluang diakses oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

5. Nyahaktifkan fungsi Remote Access

Fungsi ini terdapat pada setiap modem WiFi dirumah. Matikan fungsinya untuk menghalang pihak luar yang tidak bersambung pada modem mengakses ke tetapan modem.

6. Tetapan MAC Address

Terdapat satu tetapan pada modem yang mana hanya peranti dengan alamat MAC yang dibenarkan sahaja boleh mengaksesnya. Walaupun tetapan ini sangat berkesan dalam menyekat penggodam, namun ianya sangat leceh untuk dilaksananakan.

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY