Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

Diterbitkan Mei 25, 2018 · Dikemas kini Jun 27, 2018 oleh Tips Gajet

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tips kali ini kami akan berkongsi bagaimana anda boleh menghubung peranti Android terus ke PC secara “WIreless”.

Kaedah ini bukan sahaja untuk berkongsi fail besar secara pantas, malah anda dapat menggunakan semua fungsi daripada Peranti Android terus pada PC. Apa yang penting, kaedah ini sangah mudah dan mesra pengguna.

Pertama sekali apa yang perlu anda lakukan ialah dengan memasang aplikasi AirDrop pada peranti Android terlebih dahulu.

Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

 

Seterusnya buka aplikasi tersebut dan anda akan diminta untuk melakukan satu pendaftaran ringkas terlebih dahulu.

Sebelum itu pastikan kedua-dua peranti tersebut sudah disambungkan kepada sambungan WIFi yang sama terlebih dahulu. Kemudian klik pada menu AirDroid Web

Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

 

Anda akan dibawa ke paparan berikut. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan membuka pelayar pada PC yang anda ingin sambungkan dan masuk ke laman sesawang web.airdroid.com

Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

 

Maka akan muncul paparan berikut, seterusnya imbas kod QR.

Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

 

Dan secara otomatik peranti Android anda akan disambungkan kepada PC.

Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

 

 

Menu pada skrin akan merujuk kepada semua jenis fail yang ada dalam peranti Android anda.

Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

 

Berikut adalah semua fail jenis video yang terdapat dalam peranti, yang mana dapat diakses terus dengan mudah pada PC dan boleh dimuat turun dengan kelajuan yang amat pantas

Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

 

Contoh sambungan skrin peranti pintar terus kepada PC, fungsi seperti kamera audio dan skrinsyot dapat terus dilakukan pada PC.

Cara Untuk Berkongsi Fail Daripada Android Ke PC Dengan Mudah

 

Sangat menarik bukan, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Trump Kata Keputusan Nvidia Bawa Kembali Jensen Huang "Tepat Dan Wajar"
  • Jensen Huang Dilantik Semula Sebagai CEO Nvidia Berkuat Kuasa Serta Merta
  • MySiren Kini Dilancarkan, Amaran Kecemasan Dihantar Terus Ke Telefon Dalam Kurang Seminit
  • CIMB OCTO Kini Boleh Anggar Jejak Karbon Daripada Perbelanjaan Kad
  • Wise Naikkan Had e-Wallet Kepada RM50,000, Tertinggi Di Malaysia
  • JPJ Wajibkan Pengguna Kemas Kini Maklumat Profil, Persediaan Untuk Ciri Digital Baharu
  • Signal Tambah Perlindungan Skrin Untuk Hadkan Akses Pembantu AI Seperti Gemini, Siri AI
  • CARSOME Premium Dilancar, Kereta Terpakai BMW Dan Mercedes-Benz Dengan Waranti Sehingga 5 Tahun
©2026 WISER.MY