Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
whatsapp admin message

Cara Untuk Benarkan Admin Sahaja Yang Boleh Hantar Mesej Di WhatsApp

Diterbitkan Februari 22, 2021 · Dikemas kini Februari 22, 2021 oleh Amalina Athman

Dalam kumpulan WhatsApp yang mempunyai ramai ahli, ada pengumuman penting yang mungkin ‘tenggelam’ apabila masing-masing mula menaip dan membalas antara satu sama lain pada masa yang sama.

Berikutan itu, sebilangan ahli yang lain mungkin tidak perasan pengumuman penting yang dihantar melalui kumpulan tersebut. Terutamanya kumpulan melibatkan urusan kerja, sekolah dan sebagainya.

Bagi membolehkan pengumuman penting tersebut sampai kepada semua orang, admin bagi setiap kumpulan WhatsApp sebenarnya boleh menghentikan seketika perbualan semua ahli dan hanya mengehadkan kepada admin sahaja.

Ini bermakna, hanya admin yang boleh menghantar pesanan pada kumpulan WhatsApp tersebut.

Cara benarkan hanya admin yang boleh hantar pesanan di kumpulan WhatsApp

Dalam keadaan tertentu, ciri ini mungkin diperlukan bagi sesetangah kumpulan WhatsApp. Untuk melakukannya, ikut beberapa langkah di bawah.

1. Pertamanya, buka aplikasi WhatsApp pada peranti Android, iOS atau desktop.

2. Setelah itu, di bahagian “Chats”, cari dan pilih nama kumpulan yang ingin ditetapkan dengan tetapan ini. Kemudian, tekan pada nama kumpulan.

admin WhatsApp

3. Anda akan dihalakan ke Group Info. Di bahagian ini, tatal ke bawah dan pilih “Group Settings”.

Group setting

4. Pada bahagian Group Settings, tekan pada “Send Messages” dan pilih “Only Admins”.

admin WhatsApp

Setelah selesai, hanya admin sahaja yang boleh menghantar mesej pada kumpulan tersebut. Anda juga boleh mengubah semula tetapan ini dengan memilih “All Participants” pada bila-bila masa.

Itu sahaja tips pada kali ini. Semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY