Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Aktifkan Papan Kekunci Terapung Gboard

Cara Untuk Aktifkan Papan Kekunci Terapung Gboard

Diterbitkan Oktober 28, 2018 ยท Dikemas kini Oktober 28, 2018 oleh Helmi Samsuri

Mungkin ada dalam kalangan pengguna Gboard yang belum maklum, aplikasi papan kekunci dari Google itu sudah mempunyai ciri papan kekunci terapung.

Melalui ciri ini, pengguna bebas mengubah kedudukan dan saiz papan kekunci mengikut keperluan penggunaan masing-masing.

Ia boleh didapati pada Gboard versi 7.6 dan keatas. Bagi yang mahu menggunakan ciri itu, ikuti langkah mudah berikut untuk aktifkannya

  1. Pastikan Gboard adalah aplikasi papan kekunci default pada peranti anda
  2. Buka mana-mana aplikasi yang memerlukan Gboard, contohnya seperti buat carian di internet atau SMS.
  3. Tekan pada simbol “G” dibahagian kiri cadangan. Sekiranya papan kekunci tiada simbol “G”, pergi ke tetapan Gboard; Settings > Text Correction, dan pilih Show suggestion strip.Screenshot 2018-10-28 at 4.57.25 PM
  4. Paparan akan menunjukkan beberapa ciri lain dan tekan pada simbol tiga titik.Screenshot 2018-10-28 at 4.59.22 PM
  5. Setelah itu akan keluar beberapa tetapan pilihan. Pilih Floating.Screenshot 2018-10-28 at 4.58.51 PM
  6. Ciri papan kekunci terapung sudah boleh digunakan. Bagi menggerakkanya, sentuh lama pada simbol dibawah dan seret kemana-mana kawasan yang anda mahukan. Untuk mengubah saiz, seret dari penjuru.

Screenshot 2018-10-28 at 5.04.06 PM

Itu sahaja perkongsian untuk mengaktifkan ciri papan kekunci terapung dari Gboard. Boleh kongsikan pada yang lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY