Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Untuk Akses Storan PC Pada Android TV Secara “Wireless”

Cara Untuk Akses Storan PC Pada Android TV Secara “Wireless”

Diterbitkan Januari 25, 2022 oleh Tips Gajet

Penggunaan Android TV sememangnya menjadi pilihan setiap isi rumah dek kerana fungsinya yang pelbagai dan mesra pengguna. Kepada anda diluar sana yang ingin maksimumkan fungsi TV tersebut, berikut kami kongsikan cara untuk membuka kandungan storan PC atau Laptop terus pada Android TV tanpa sambungan wayar.

Pertama sekali pasang aplikasi DLNA Channels daripada Playstore.

Cara Untuk Akses Storan PC Pada Android TV Secara “Wireless”

Sebelum meneruskan ke langkah seterusnya, pastikan PC anda dan Android TV tersambung pada WiFi yang sama. Kemudian, buat carian dan masuk ke menu Media Streaming Options.

Cara Untuk Akses Storan PC Pada Android TV Secara “Wireless”

Pada paparan berikut, tetapkan nama storan yang ingin dikongsikan dan berikan kebenaran untuk storan PC anda dikongsikan pada peranti luar. Setelah selesai jangan lupa untuk klik pada tombol OK

Cara Untuk Akses Storan PC Pada Android TV Secara “Wireless”

Untuk berkongsi kandungan pada Android TV, pastikan fail seperti video, gambar atau muzik di simpan dalam folder berikut pada PC terlebih dahulu.

Cara Untuk Akses Storan PC Pada Android TV Secara “Wireless”

Manakala untuk membukanya pada TV, masuk ke aplikasi DLNA Channels yang anda pasang sebentar tadi, maka semua  folder yang dikongsikan akan dipaparkan untuk pilihan anda.

Cara Untuk Akses Storan PC Pada Android TV Secara “Wireless”

Fail – fail tersebut akan dapat dimainkan pada Android TV selagi mana PC anda tidak dimatikan.

Selesai, itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY