Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Game

Cara Tutup Notifikasi Serta Tolak Panggilan Ketika Bermain ‘Game’ Di iPhone

Diterbitkan Mac 19, 2021 oleh Amsyar Latif

Tidak dinafikan permainan mudah alih atau mobile gaming sudah mula diterima ramai tidak kira dari kanak-kanak hingga dewasa, termasuk lelaki dan wanita.

Namun, ‘musuh’ utama apabila bermain permainan di telefon pintar ini adalah notifikasi yang masuk dan lebih teruk jika ada panggilan diterima.

Perkara ini sedikit memberikan perasaan tidak selesa kerana terdapat gangguan.

Jika pada kebanyakan telefon Android masa sekarang, ia sudah hadir dengan Game Mode yang mana menyelesaikan masalah tersebut.

Akan tetapi, iPhone tidak mempunyai ciri ini atau mungkin tidak ada langsung mod sebegitu.

Tidak perlu risau kerana pengguna iPhone juga boleh berbuat demikian dengan ikuti langkah mudah ini.

Pertama sekali, buka Settings. Kemudian, klik Do Not Disturb

game 1

Pada bahagian Silence, pilih Always. Seterusnya, pilih No One pada tetapan Allow Calls From. Akhir sekali, matikan Repeated Calls.

game 2

Dengan ini, anda boleh bermain dengan aman kerana tiada lagi gangguan notifikasi serta panggilan yang berkemungkinan masuk ketika bermain game.

Walau bagaimanapun, anda juga boleh menetapkan panggilan diterima hanya pada orang penting seperti ibu bapa kita dengan memilih Favourites pada tetapan Allow Calls From.

game 3

Itu sahaja tips pada kali ini. Selamat mencuba.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
©2026 WISER.MY