Cara Set 'Orientation' Secara Automatik Di Setiap Aplikasi iPhone

Setiap kali menonton YouTube, jarang sekali melihat individu menonton dalam mod potret melainkan beliau seorang yang suka membaca komen ketika melihat video.

Namun, apabila mahu menontonnya dalam mod landskap, pengguna iPhone perlu menekan pada ikon 'mangga' atau namanya orientation lock di control centre.

Sebenarnya, anda boleh set secara automatik bagi fungsi itu agar setiap kali anda buka aplikasi YouTube misalnya, ia akan terus membenarkan peranti anda berubah pada mod potret atau landskap tanpa menekan ikon orientation lock.

Sebelum mula, pastikan iPhone anda adalah versi yang terkini, iaitu iOS 14.5 kerana fungsi tersebut hanya hadir pada versi ini sahaja.

Cara Turn Off Orientation Lock


Caranya adalah mudah, anda hanya perlu buka aplikasi Shortcuts dan kemudian klik Automation.



Seterusnya, klik Create New Personal Automation, tatal ke bawah dan klik App.



 

Klik App dan pilih aplikasi yang diinginkan. Sebagai contoh YouTube dan klik Next.

*Anda boleh pilih beberapa dan tambah aplikasi lain jika fungsi yang diinginkan sama



Kemudian, klik Add Action dan cari orientation lock pada bahagian search.



Setelah itu, klik Toggle dan pilih Turn. Seterusnya, klik pada On dan pilih Off. Akhir sekali, klik pada Ask Before Running dan Done.


Cara Turn On Orientation Lock


Jika tadi, orientation lock akan ditutup semasa anda menonton YouTube, anda boleh set semula untuk On secara automatik.

Caranya masih sama, cumanya pada bahagian App, pilih Is Closed dan ikuti langkah seperti di atas.



Sehinggalah anda sampai ke bahagian ini dan ia akan menjadi Turn Orientation Lock On.



Jika anda buat dengan betul, ia akan memaparkan notifikasi sebegini ketika anda membuka atau menutup aplikasi.



Itu sahaja yang dapat dikongsikan kali ini, selamat mencuba.

Berkaitan