Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Semak CTOS Dan CCRIS Secara Dalam Talian

Cara Semak CTOS Dan CCRIS Secara Dalam Talian

Diterbitkan Januari 24, 2020 ยท Dikemas kini Januari 24, 2020 oleh Amalina Athman

Apabila mahu membuat pinjaman di bank, dua terma CTOS dan CCRIS seringkali menjadi perhatian. Mungkin ada yang masih keliru antara CTOS dan CCRIS. Bagi mengelakkan kekeliruan, CTOS dan CCRIS adalah dua institusi yang berbeza. Sebelum menerangkan bagaimana cara menyemak, bolehlah kiranya melihat penerangan ringkas perbezaan antara CTOS dan CCRIS ini.

Credit Tip-Off Service (CTOS)

CTOS adalah sebuah Agensi Pelaporan Kredit yang didaftarkan di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. CTOS mengeluarkan laporan kredit (untuk individu dan syarikat) yang memaparkan rekod kredit untuk tempoh 24 bulan lalu, maklumat tindakan undang-undang, pemilikan syarikat dan pengarah, dan juga testimoni daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka.

Pada dasarnya, institusi kewangan akan menggunakan lebih dari satu laporan kredit untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang kelayakan kredit peminjam. Laporan kredit yang disimpan dalam CTOS akan kekal sepanjang hayat.

Antara sumber maklumat CTOS termasuk Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Insolvensi Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Pendaftar Pertubuhan, Warta dan Penerbitan Kerajaan, notis undang-undang dalam akhbar, maklumat sukarela yang diberikan oleh individu tersebut dan maklumat hubungan yang disediakan oleh pemiutang, litigators atau penyokong perdagangan.

Central Credit Reference Information System (CCRIS)

CCRIS atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat adalah sistem yang dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) di mana ia menggabungkan maklumat kredit individu yang pernah atau bakal membuat pinjaman.

Antara sumber perolehan maklumat kredit oleh CCRIS adalah institusi perbankan, broker insurans dan syarikat swasta seperti syarikat telekomunikasi dan lain-lain. Laporan kredit disimpan dan hanya kekal dalam tempoh 12 bulan.

Cara semakan CTOS secara atas talian

Laporan MyCTOS adalah laporan kredit peribadi anda oleh CTOS. Anda boleh mendapatkannya secara percuma dengan hanya beberapa langkah.

Screenshot (189)

Untuk mendapatkan laporan secara online, anda perlu mendaftar akaun di laman web CTOS. Anda boleh berbuat demikian dengan menyediakan nombor kad pengenalan, alamat e-mel dan nyatakan pilihan bahasa anda (Inggeris, Bahasa Malaysia). Setelah selesai mengisi dan memasukkan kod pengesahan, klik “Continue”.

Screenshot (192)

Seterusnya, muat naik gambar kad pengenalan bahagian depan dan belakang. Anda juga perlu mengisi alamat seperti yang tertera pada MyKad dan klik “Continue”.

Screenshot (194)

Permohonan anda akan mula diproses. Jika anda membuat permohonan semasa waktu bekerja, CTOS akan menghantar e-mel pengesahan permohonan dalam tempoh 30 minit selepas permohonan di buat. E-mel tersebut mengandungi butiran ID Pengguna, lampiran terma dan syarat, serta lampiran laporan MyCTOS.

ctos login

Sebaik sahaja anda menerima e-mel tersebut, log masuk CTOS, masukkan soalan dan jawapan keselamatan serta tekan “Save Changes” untuk meneruskannya.

Semakan Online CTOS

Selain melihat laporan MyCTOS yang dilampirkan pada e-mel, anda juga boleh melihat laporan tersebut dengan memilih “View latest report” seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas.

Untuk memudahkan anda melihat laporan CTOS, terdapat juga aplikasi mudah alih yang membolehkan anda menyemak laporan menggunakan telefon bimbit anda. Anda boleh muat turun aplikasi CTOS di Google Play atau App Store.

Cara semakan CCRIS secara atas talian

Berbeza bagi pendaftaran CTOS yang terus boleh dilakukan secara atas talian, anda perlu ke Pejabat Bank Negara Malaysia (BNM) atau Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) untuk memohon pin 6 digit bagi pendaftaran kali pertama eCCRIS.

Screenshot (207)

Pada mulanya, anda perlu ke kiosk CCRIS untuk membuat pengesahan identiti termasuk kad pengenalan, cap ibu jari dan nombor telefon.

Screenshot (208)

Kemudian, pin 6 digit akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan.

Screenshot (209)

Seterusnya, layari laman web eCCRIS untuk log masuk kali pertama dengan memasukkan butiran kewarganegaraan, nombor ID dan pin 6 digit.

Screenshot (210)

Anda perlu menetapkan ID Pengguna dan kata laluan. Setelah itu, klik “Seterusnya”.

Cara Semak CTOS Dan CCRIS Secara Dalam Talian

Di bahagian tetapan keselamatan, anda perlu memilih imej keselamatan dan menjawab soalan keselamatan serta tekan “Submit” setelah selesai.

laporan ccris

Selepas proses pendaftaran selesai dilakukan, anda boleh log masuk eCCRIS dan mengakses laporan CCRIS pada bila-bila masa.

Sumber: CTOS, eCCRIS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY