Cara Semak Baki Akaun ASNB Menerusi Aplikasi Maybank2u Dan ATM

Pada minggu lalu, Amanah Saham Nasional Berhad ada membuat pengumuman berkenaan semakan baki terkini ASB boleh dibuat melalui Maybank2U dan juga mesim ATM Maybank.

Ia merupakan langkah alternatif bagi pelanggan selain daripada menggunakan portal myASNB. Bagi membuat semakan boleh ikuti langkah mudah dibawah.

Aplikasi Maybank2U

  • Log masuk ke Maybank2U

  • Tekan menu diatas dan cari pilihan Wealth

  • Akaun ASNB akan tertera dan tekan View untuk paparan baki akaun

  • Baki akaun dipaparkan dan tekan untuk lihat 5 transaksi akhir akaun anda

  • Pastikan anda memuat turun kemaskini aplikasi Maybank2U yang terkini di Google PlayStore atau AppStore




Sementara itu, melalui ATM pula, Facebook Amanah Saham Nasional Berhad ada berkongsikan langkah-langkah untuk meneliti baki akaun ASNB.