Cara Sekat "Cookies" Pihak Ketiga Di Pelayar Chrome Pada Komputer

Pasti anda pernah lihat terma 'cookies' ketika melayari internet. Ada juga laman web yang bertanya sama ada anda membenarkan 'cookies' atau tidak.

Dalam bahasa mudah, 'cookies' menyimpan segala data pengguna seperti maklumat log masuk, produk yang anda masukkan di troli pembelian dan sebagainya.

Jadi, apa itu 'cookies' pihak ketiga? Sebenarnya ia telah ditetapkan dalam kebanyakan laman web. Ia kebiasaannya digunakan dalam penjejakan aktiviti pengguna dan tujuan pengiklanan.

Oleh itu, sekiranya anda seorang yang mementingkan privasi, 'cookies' ini perlu disekat. Ini adalah cara bagaimana untuk melakukannya di pelayar Chrome memandangkan pelayar ini amat popular dalam kalangan pengguna.

Caranya sangat mudah, anda perlu buka pelayar Chrome di komputer, kemudian klik settings



Seterusnya, klik privacy and security 



Selepas itu, klik cookies and other site data



Akhir sekali, pilih block third party cookies



Dengan ini, segala "cookies" pihak ketiga akan disekat di pelayar Chrome. Itu sahaja yang dapat dikongsikan pada kali ini. Semoga bermanfaat.

 

Berkaitan