Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
padam spam calendar iOS

Cara Padam Spam Dari Kalendar iPhone

Diterbitkan Februari 15, 2021 · Dikemas kini Februari 15, 2021 oleh Amalina Athman

Pernahkah kalendar pada iPhone anda dihujani dengan pelbagai jemputan yang tidak diingini berikutan tersalah tekan apabila melayari laman web tertentu? Jika ya, pautan pada jemputan tersebut sebenarnya adalah spam yang mungkin boleh mendorong kepada scam, phishing dan sebagainya.

Tidak hanya itu, kalendar yang dipenuhi dengan jemputan ini juga menjadikannya nampak tidak terurus.

padam spam calendar iOS

Dengan itu, di bawah ini disediakan langkah mudah untuk membuang spam dari kalendar iPhone yang menjalankan iOS 14.

Buang spam dari kalendar iPhone

Pertamanya, pergi ke “Settings” pada iPhone anda dan pilih “Calendar” di bahagian menu.

Cara Padam Spam Dari Kalendar iPhone

Kemudian, tekan pada “Accounts” untuk meneruskan langkah seterusnya.

padam spam calendar iOS

Setelah itu, tatal ke bawah dan tekan pada “Subscribed Calendars”. Anda akan melihat senarai jemputan acara yang telah dilanggan ke kalendar.

Cara Padam Spam Dari Kalendar iPhone

Pilih mana-mana langganan kalendar yang tidak diingini dan tekan pada “Delete Account”. Ulang langkah yang sama jika ada lain-lain langganan kalendar yang ingin dipadam.

Cara Padam Spam Dari Kalendar iPhone

Selesai. Itu sahaja tips pada kali ini, semoga bermanfaat.

Tinggalkan komen anda jika ada persoalan mengenai tips yang lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Teknologi Mikroskop Digital Tanpa Kanta Mata Atasi Masalah Keletihan Dalam Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
©2026 WISER.MY