Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Pengguna Instagram Sedang Menghadapi Masalah Untuk Mengakses Aplikasi

Cara Nyahaktif Akaun Instagram Dengan Mudah

Diterbitkan Jun 16, 2020 oleh Amalina Athman

Ada ketika, anda mungkin memerlukan masa untuk berjauhan sebentar dengan sosial media. Dengan akaun yang sentiasa aktif, ia mungkin membuatkan anda tidak henti menggunakan sosial media tersebut.

Sebagai satu langkah untuk mengelakkan terlalu banyak masa dihabiskan dengan sosial media seperti Instagram, di bawah ini kami sediakan cara mudah untuk nyahaktif akaun Instagram.

Cara Nyahaktif Akaun Instagram Dengan Mudah

Pertama, anda perlu log masuk menggunakan pelayar pada peranti atau komputer riba melalui instagram.com terlebih dahulu. Anda mungkin tidak dapat meneruskan langkah seterusnya jika log masuk dibuat melalui aplikasi.

cara deactive instagram

Klik “Edit Profile” di bahagian profil. Setelah itu, pilih “Temporarily disable my account”.

cara deactive instagram

Kemudian, pilih mana-mana alasan untuk nyahaktifkan akaun Instagram anda dan masukkan kata laluan sebagai pengesahan. Langkah terakhir, tekan pada “Temporarily Disable Account”.

Perlu diingatkan semua data anda masih akan tersimpan dengan selamat walaupun akaun telah dinyahaktif. Untuk mengaktifkan kembali akaun anda, hanya perlu log masuk seperti biasa.

Untuk makluman, anda hanya dibenarkan nyahaktif akaun Instagram sekali dalam masa seminggu. Ia bertujuan untuk memastikan fungsi ini tidak disalahgunakan untuk tujuan tertentu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY