Tetapi ia boleh menjadi sukar disebabkan tiadanya sambungan internet, sama ada anda kehabisan data, ataupun kawasan terbabit tidak mempunyai isyarat yang stabil.
Google Maps merupakan salah satu aplikasi navigasi yang popular dalam kalangan pengguna tempatan.
Bagi anda yang tidak tahu, aplikasi ini mempunyai ciri navigasi yang mampu beroperasi tanpa memerlukan sambungan internet.
Caranya adalah dengan memuat turun terlebih dahulu peta laluan ke lokasi yang anda ingin pergi.
Langkah yang pertama sudah pasti memerlukan internet bagi memuat turun peta laluan ke dalam telefon pintar.
- Buka aplikasi Google Maps
- Pastikan anda bersambung dengan internet, sebaiknya WiFi kerana kemungkinan peta yang bakal dimuat turun itu bersaiz besar.
- Buat carian nama tempat yang ingin dituju. Seperti contoh "Kuala Kangsar"
- Setelah itu tekan pada nama lokasi berkenaan.
- Tekan muat turun dan tunggu sehingga peta laluan anda siap dimuat turun.
Selain daripada itu, anda juga boleh memuat turun peta laluan bagi kawasan yang lebih besar. Anda boleh ikuti langkah bergambar dibawah.
Langkah ini juga amat sesuai bagi anda yang kerap mengembara keluar negara dimana anda mungkin sukar untuk mendapatkan sambung internet.
Sumber: Google Maps
Berkaitan
- Huawei P20 Pro Dinobat Telefon Pintar Terbaik 2018 Oleh EISA
- Asus Umum Tiga Model - Zenfone 5, Zenfone 5Z Dan Zenfone 5 Lite
- Cadangan Beri Kuasa Kepada SKMM Untuk Padam Kandungan Media Sosial Masih Dalam Pertimbangan
- Lagi Berita Mengenai Masalah Bateri iPhone 8 Mengembung
- realme X3 SuperZoom Laris Dijual Di Lazada Untuk Peranti Bawah RM2000
- Switch Beri Diskaun Sebanyak RM650 Untuk iPhone 6S Plus 32GB
- Xiaomi Patenkan Telefon Pintar Dengan Panel Solar
- Spotify Premium Percuma Untuk 6 Bulan Dengan Pelan Pascabayar Unlimited Hero P79 Yang Baru
- Mahu Kurang Bergantung Pada Android, Facebook Bangunkan Sistem Operasi Sendiri
- OPPO A91 Ada Warna Baru, Unicorn White