Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mudah Untuk Menyembunyikan Aplikasi Pada Android

Cara Mudah Untuk Menyembunyikan Aplikasi Pada Android

Diterbitkan Mei 11, 2019 oleh Tips Gajet

Kepada anda yang risau akan aplikasi yang bersifat “sensitif” diketahui ataupun terdedah kepada rakan – rakan mahupun orang lain yang membuka peranti anda. Berikut kami kongsikan 2 kaedah yang boleh dicuba untuk menyembunyikan aplikasi daripada dilihat oleh pihak ketiga.

1. Menggunakan tetapan sistem peranti

Kaedah ini tidak memerlukan anda memasang apa – apa aplikasi tambahan. Cukup sahaja dengan memasuki ke menu setting > apps, seterusnya pilih aplikasi yang ingin disembunyikan.

Cara Mudah Untuk Menyembunyikan Aplikasi Pada Android

Kemudian pilih menu Disable, selesai. Apapun kaedah ini hanya bertindak mematikan aplikasi tersebut sahaja, kewujudannya pada peranti masih lagi boleh dilihat.

2. Menggunakan aplikasi Microsoft Launcher

Pertama sekali pasang aplikasi ini pada peranti Android anda. Ianya boleh dimuat turun pada laman sesawang ApkPure.com

Cara Mudah Untuk Menyembunyikan Aplikasi Pada Android

Seterusnya buka aplikasi tersebut dan klik pada ikon tiga titik untuk membuka tetapan Hidden Apps.

Cara Mudah Untuk Menyembunyikan Aplikasi Pada Android

Maka akan muncul paparan berikut, apa yang perlu anda buat ialah dengan menkan tombol Unhide untuk menukarkannya kepada Hide sekaligus akan menyembunyikan aplikasi tersebut daripada muncul pada paparan layar peranti anda, selesai.

Cara Mudah Untuk Menyembunyikan Aplikasi Pada Android

 

Itulah sahaja sedikit perkongsian daripada kami kali ini, semoga bermanfaat.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY